Sabtu, 13 April 2019

TUN MAHATHIR TIDAK HADIR CERAMAH KEMUNCAK PH, STRERAM PULA YAKIN MENANG BESAR #viralhancing

REMBAU 12 April - Seperti yang dijangka, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hadir dalam ceramah kemuncak PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di sini malam ini.

Gambar - Utusan

Sebelum ini gambar Perdana Menteri tertera dalam poster promosi ceramah PRK berkenaan dan diuar-uarkan bakal muncul bersama pemimpin lain dalam ceramah Grand Finale itu.

Ketiadaan Dr. Mahathir dalam ceramah di Dataran Metro Park, Bandar Sri Sendayan di sini, mengecewakan segelintir penyokong.

Seorang warga emas, Mukhtar Daud, 60, berkata, beliau datang dari Kuala Pilah kerana mengharapkan pemimpin nombor satu negara itu akan berceramah bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

“Sejak dulu saya kagum dengan Dr. Mahathir, malam ini tak dapat tengok beliau. Tak mengapalah, pemimpin lain pun ada,” katanya ketika ditemui di sini.

Selain Anwar, pemimpin PH yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan calon PH bagi PRK Rantau, Dr. S. Streram.

Petang tadi, media melaporkan Dr. Mahathir tidak dapat membantu hari terakhir kempen PH dalam PRK Rantau kerana jadualnya yang padat.

Perkara tersebut bukan pertama kali berlaku kerana beliau tidak turun berkempen bagi calon PH yang lain antaranya dalam PRK DUN Seri Setia, Balakong dan Sungai Kandis.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir membantu kempen PH di Port Dickson, Cameron Highlands dan Semenyih.

Hari pengundian PRK DUN Rantau akan diadakan esok dengan pertandingan empat penjuru antara Streram, Datuk Seri Mohamad Hasan dari Barisan Nasional dan dua calon Bebas, Mohd. Nor Yassin dan R. Malarvizhi. - UTUSAN ONLINE

7 ulasan:

  1. Tanda nk kalah la tu..

    BalasPadam
  2. ECRL - masa sblm PRU 14, kata kena hapus ECRL, hutang byk, jual negara pada China..
    Lepas PRU 14 bila dh menang, masih teruskan ECRL, kurangkan kos.
    Itu tak jual negara pada china ke?
    Kalau kos adalah isu, knp masa sblm PRU 14 tsk syorkan pada kerajaan utk kurangkan kos?

    Inilah hipokrit, mempolitikkan ekonomi negara..
    PH tak layak jadi kerajaan

    BalasPadam
  3. KIKIKO BAKAL PM KITEE SINDRI MAU INGAT
    LU PUNYA KONFIDENT KASI HATI MAU SEDAP
    PD KANDIS SG BESAU ADA ATOK KAU HADAP
    LU SINDRI TAU ITU SIGNAL KASI LU SENTAP




    KIKIKIKIKI.... TOK MAT BAWAK PANJI ITAM DARI SELATAN.... AWESOME TAKBIR..

    BalasPadam
  4. Tun M ada jemputan dinner di Sri Kembangan malam tadi. Sila baca MALAYSIAKINI. Dia kata, walaupun peluang untuk menang tipis kerana Tok Mat lebih dikenali di Rantau sebab dah jadi ADUN di situ selama 3 penggal, tapi dia kata, harapan tetap ada. Kalau menang pun mungkin majoriti tipis dan kalau kalah pun sama tipis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. AKU TAHU APA SEBAB MATDEY TAK NAK TURUN KEMPEN KAT RANTAU.....

      SEBABNYE.....YG LAWAN TOK MAT KAT RANTAU TU ADALAH NUAR AL JUBURI.....ADA FAHAM TAK.... ...KALAU TAK FAHAM LAGI TAK APA LE!!!

      Padam
  5. Aku ingin dgr keluar dari mulut mahdey n anwar ttg kes liwat tu.
    Siapa yg benar...

    Bukannya apa...klu seorg dah mampus jadi lagenda dan sejarah negara tu.
    Kebetulan mrk berdua dh berbaik2...
    Fitnah atau benar!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak tanyalah sendiri bila awak mampos nanti.

      Padam

VIDEO SEMBURIT - TIADA PENGUBAHAN DIGITAL KATA PAKAR #viralhancing

Pertubuhan media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ek...