Ahad, 19 Mei 2019

ANWAR SANGAT YAKIN DR MAHATHIR MAMPU PULIH EKONOMI DALAM 2 TAHUN #viralhancing

Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang dijalankan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Gambar sumber - Malaysiakini

Anwar, yang juga anggota parlimen Port Dickson, berkata perdana menteri ketika ini telah meletakkan beberapa agensi kerajaan dalam kedudukan asas yang baik bagi memastikan ekonomi negara semakin baik.

"Selepas kita (Pakatan Harapan) menang tahun lepas baru kita sedar keadaan ekonomi negara terlalu teruk… Ini bukan politik tetapi kenyataan yang benar dan rakyat semua perlu tahu.

"Saya yakin mudah-mudahan dalam setahun dua ini Tun (Dr Mahathir) dapat pulihkan ekonomi negara dan seterusnya dapat meneruskan agenda membantu rakyat," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anwar Di Masjid Al-Falah, di Permatang Pasir dekat Bukit Mertajam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Dr Afif Bahardin dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan negeri Abdul Halim Hussain serta 500 orang termasuk penduduk kampung hadir berbuka puasa dan kemudian menunaikan solat terawikh bersama Anwar.

Sementara itu, Anwar yang juga Ketua Umum PH menggesa umat Islam di seluruh negara supaya menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya Al-Quran ketika Ramadan dalam usaha merapatkan jurang perkauman.

Ini kerana Al-Quran membawa mesej yang jelas dan menjadi petunjuk kepada umat Islam serta tidak boleh digunakan sebagai medium untuk mewujudkan perbalahan, katanya.

"Kadang-kadang saya tidak faham kenapa dalam tazkirah, ajaran atau parti kita atau sebagainya boleh sempitkan risalah (Al-Quran) ini. Mahu bezakan, tunjukkan permusuhan terus menerus antara Islam dan bukan Islam," katanya.

Beliau berkata naratif berhubung isu perkauman yang diketengahkan sesetengah pihak disifatkan sebagai sesuatu yang bukan dibawa dalam ajaran Islam.


"Saya tahu dalam naratif kita sekarang orang Melayu dengan Melayu, bukan Melayu dengan bukan Melayu dan ketegangan secara terus-menerus. Saya tak anggap ini sesuatu dianjurkan Islam.

"Islam menekankan untuk kita bantu masyarakat dan tentu akan tahu masalah kemiskinan, pendidikan, kesihatan, kaum dan masyarakat yang wujud. Bagaimanapun, (Islam) tak pernah maksudnya untuk melawan, memusuhi, meremehkan atau memijak hak orang lain," katanya.

-Bernama

4 ulasan:

  1. FUYOOO ANWAR TUNJUK KE'ALIM'AN
    LETAK JANTAN JAMBU DEPAN DEPAN
    AROMA JUBO MULA LA BERGETARAN
    CUKUP2 LA LAKON KAU DAH TEMPANG

    ... KAPAL SINK KATA ANWAR HARUS BERTAUBAT... TUNGGU ATOK KAU MUNGKIR JANJI LANTIK BAKAL PM KE 8


    AGENSI YAHUDI SENYAP SKG NED IKD DLL SENYAP BUKAN TAK MINAT PROKSI AKAN JDI LANTIK JADI PM KE-8

    BalasPadam
  2. Apabila Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan belakangnya pula ada sokongan NED,Neocon Zionis,IRC, IRF, IKD yg ditukar pada Penang Institut ianya benar-benar menimbulkan kesangsian. Di sebalik pelbagai janji lunak Anwar Ibrahim untuk menjaga negara, umat Islam, agama Islam, bahkan seluruh rakyat Malaysia tanpa dia memperincikan rancangan besarnya untuk menyelamatkan negara, timbul persoalan, adakah Anwar Ibrahim sebenarnya sedang mengugut Dr. Mahathir agar segera menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya agar apa yang berlaku kepada Saddam Hussein di Iraq, tidak berlaku kepada Dr. Mahathir.

    BalasPadam
  3. BAZAR RAMADAHAN DATARAN MERDEKA/TAR RUGI TAK LAKU...!!

    mohon bossku lawat Bazar Ramadhan Kg Baru dan Bazar Dataran Merdeka yg kosong tiada sambutan dan tak laku setelah berpindah dari jalan TAR..

    Perinagaan di Jalan TAR sepi setelah semua lot parking ditutup dan dijadikan siar kaki... kereta tak boleh parking dan menyukarkan oranh ramai mrmbeli pukal barang baranh perniagaan disana...

    Krnapa tak tutup parking di Jalan Alor atau Petaling street sekali.. 90% peniaga melayu islam di Jln Masjid India/TAR .... usaha senyap melingkup kan perniagaan org melayu di kawadan tersebut sedang dilakukan oleh puak mata sepet.. bila perniagaan rugi maka senang puak ini akan masuk membeli dan menguasai kawasan ini nanti..

    mohon bossku melawat kawasan segera di bulan Ramadhan ini segera... keluh kesah peniaga rugi tiada siapa yg ambil tahu...

    viralkan...!!

    BalasPadam
  4. kasi up 2 blogger ini

    agendsai.blogspot.com

    anak sungai derhaka.blogspot.com

    ini blogger mme totok blogger tolo labuh... maklum la sampai labuh tolo bakal PM ke 8 tunggu nak jadi PM


    jom terjah blogger ni... meriah weei..!

    BalasPadam

POS MALAYSIA MENGESAHKAN, KERIS ADALAH BARANG LARANGAN PENGEPOSAN!! #viralhancing

Adakah ahli DAP Balakong patut PDRM siasat kerana membuat kenyataan palsu dan menjelekkan kononnya nak mengaitkan ugutan kepadanya iaitu men...