Jumaat, 24 Mei 2019

DUA LELAKI DIBELASAH KERANA SUARA SANGAT SUMBANG KETIKA BERKARAOKE SEHINGGA MENGGANGGU PENGUNJUNG LAIN #global #viralhancing


Dua lelaki muda dibelasah hanya kerana suara nyanyian mereka terlalu sumbang sehingga menganggu ketenteraman pengunjung lain.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat karaoke di Heilongjiang, China pada awal bulan Mei, dua mangsa itu terdahulu sedang bersantai di pusat tersebut sebelum salah seorang daripada mereka mula bernyanyi dengan beigut nyaring.

Secara tiba-tiba datang seorang individu yang tidak dikenali menegur suara dan nyanyiannya sumbang, malah cuba memprovokasi mereka.

Pada awalnya, tiada sebarang pergaduhan dirakam dan individu itu keluar dari pusat berkenaan.


Merasa diri tercabar, dua lelaki itu keluar dan bertemu dengan lelaki itu di luar yang rupa-rupanya ditemani oleh beberapa rakannya.

Maka tercetuskan pergaduhan di antara mereka dan kedua-dua mangsa dibelasah teruk oleh sekumpulan lima lelaki dan berhenti selepas dua minit kemudian, lalu beredar dari tempat kejadian.

Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kesemua suspek telah ditahan serta dibawa ke balai polis.

"Jujur cakap, kalau diorang berdua tak keluar, kitorang takkan belasah diorang," kata salah seorang suspek yang tidak menjangka dua mangsa mengekorinya keluar.

Kejadian itu kemudian viral di media sosial dan ada segelintir netizen menyamakan kejadian itu seperti yang ditayangkan dalam filem Shaolin Soccer.



Difahamkan, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan suspek akan didakwa atas perbuatan mereka.

Sumber The Reporter

1 ulasan:

  1. TUN MAMAK LAWAT BAZAR RAMADHAN KERAMAT LANGSUNG TIADA SAMBUTAN... MOHON BOSSKU BUAT LAWATAN JUGA

    BAZAR RAMADAHAN DATARAN MERDEKA/TAR RUGI TAK LAKU...!!

    mohon bossku lawat Bazar Ramadhan Kg Baru dan Bazar Dataran Merdeka yg kosong tiada sambutan dan tak laku setelah berpindah dari jalan TAR..

    Perinagaan di Jalan TAR sepi setelah semua lot parking ditutup dan dijadikan siar kaki... kereta tak boleh parking dan menyukarkan oranh ramai mrmbeli pukal barang baranh perniagaan disana...

    Krnapa tak tutup parking di Jalan Alor atau Petaling street sekali.. 90% peniaga melayu islam di Jln Masjid India/TAR .... usaha senyap melingkup kan perniagaan org melayu di kawadan tersebut sedang dilakukan oleh puak mata sepet.. bila perniagaan rugi maka senang puak ini akan masuk membeli dan menguasai kawasan ini nanti..

    mohon bossku melawat kawasan segera di bulan Ramadhan ini segera... keluh kesah peniaga rugi tiada siapa yg ambil tahu...

    viralkan...!!

    BalasPadam

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?