Isnin, 27 Mei 2019

DUIT RAYA PENEROKA- SAYA TIDAK TAHU KATA TUN MAHATHIR #viralhancing

PUTRAJAYA 27 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui tidak tahu sama ada bayaran insentif Hari Raya Aidilfitri akan diberikan atau tidak kepada 112,653 peneroka Felda di seluruh negara.

Gambar sumber Utusan

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, persoalan berhubung perkara itu perlu ditanyakan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya tidak tahu... Pegawai kerajaan kita bagi. Mereka ini kita tidak tahu pegawai atau tidak. Itu kena tanya Mohamed Azmin,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2019 di bangunan Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Dr. Mahathir menjelaskan, mesyuarat tersebut tidak membincangkan tentang Felda dan soal melibatkan agensi kerajaan itu telah banyak kali dibincangkan pada forum-forum lain.

“Kita mempunyai cadangan-cadangan tertentu untuk membaiki keadaan di Felda,” katanya.
Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) yang mewakili suara hati kumpulan peneroka di seluruh negara sebelum ini tampil mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memenuhi permintaan mereka bagi memastikan sambutan raya pada tahun ini lebih bermakna.
Pengerusi MPNF, Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Dr.

Mahathir bagi membolehkan kerajaan mempertimbangkan permintaan warga Felda sebelum kehadiran bulan Syawal.
Beliau berkata, kerajaan seharusnya mempertimbangkan permintaan tersebut kerana pemberian duit raya itu membolehkan mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung pemberian ‘duit raya’ kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara, susulan keadaan kewangan negara yang dibebani pelbagai hutang.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berkata, keutamaan kerajaan kini ialah untuk memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri.

Beliau menjelaskan, kerajaan tidak berupaya memberikan sebarang janji dalam mengumumkan ‘duit raya’ kepada peneroka se­perti amalan yang dilaksanakan sejak 2011 bagi memastikan setiap perbelanjaan menepati matlamat jangka panjang.

Kerajaan pada tahun lalu mengumumkan bayaran insentif Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM450 kepada sebanyak 112,653 peneroka Felda di seluruh negara.

Guan Eng berkata, kementeriannya telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Felda melalui Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan pemberian insentif berkenaan. - UTUSAN ONLINE

2 ulasan:

  1. MAJLIS IFTAR PAK MAUN MULA LANGKAH
    IFTAR DIKUIL PULAK HARAMJADAH CIPAN
    INGAT COMAMGO PLURALISMA TIADA DAH.?
    INI PERMULAAN TUNGGU ALJUB PM KE 8


    DARI DULU DAH INGATKAN AGENGA PLURALISMA MURTAD COMANGO HARBI SYIAH KAFIR SEDANG TUNJUKKAN WAJAH SEBENARNYA...


    miajalipahJR

    BalasPadam
  2. LEPAS NI BOLE SEMBAHYANG RAYA DIKUIL PULAK
    NO WONDER KUTY CKP MASJID BINA SINDRI
    AGENDA COMANGO ANAKCUCU JUGA MAMAK BAWAK
    LINGKUP MESIA DENGAN AJARAN PLURALIS SYIAH HARBI


    MACAI MACAI SEKELIAN TEPUKKKKK..

    MARRY HARI RAYA IDULFITRI DIWALI


    KIKIKI..


    miajalipah JR

    BalasPadam

VIDEO MIRIP MENTERI SIRI KE 3 PULA TERSEBAR

Sudah.. Diambil dari portal MalaysiaGazzette Jadi takkan berhenti penyebaran video luar tabie mirip menteri itu?