Jumaat, 24 Mei 2019

JANGANLAH TERLALU BERGANTUNG KEPADA PEMBERIAN ORANG KATA PM #viralhancing

LANGKAWI, 24 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan masyarakat supaya tidak terlalu bergantung kepada pemberian orang lain sebalik perlu berusaha sendiri dalam memajukan diri masing-masing.

Gambar sumber - Media Selangor

Perdana Menteri berkata bergantung kepada pemberian orang lain boleh melemahkan jiwa seseorang.

“Kita akan jadi lemah kerana bergantung kepada orang lain bila tidak ada orang lain kita akan jatuh kerana tidak ada keupayaan untuk mempertahankan diri kita.

“Sebab itu walaupun dalam bulan puasa ini kita menghulur duit raya umpamanya tetapi jangan jadi ia sebagai punca pendapatan. Belajar cari duit sendiri jangan bergantung kepada orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Kebajikan di Masjid Nurus Salam, Kampung Ewa, di sini malam ini.

“Kita sedar bahawa pada bulan puasa kita perlu menghulur derma kepada orang-orang yang tidak berkeupayaan seperti kepada mereka yang sakit.

“Kita perlu beri derma tetapi bagi orang yang sihat lebih baik lagi kalau berusaha sendiri untuk membekalkan diri dengan duit ringgit dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat dan ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad.

Pada majlis tersebut Dr Mahathir dan isterinya turut menyerahkan sumbangan hari raya oleh Jetty Point Langkawi kepada 150 anak-anak yatim, pelajar Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan asnaf Kampung Ewa.

Dr Mahathir, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, turut menyerahkan sumbangan progam pendidikan oleh Yayasan MRCB kepada tiga buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Ayer Hangat, Sekolah Kebangsaan (SK) Ewa dan SK Penghulu Ahmad. -BERNAMA

3 ulasan:

  1. JANGAN BERGANTUNG PADA ORANG LAGI
    CAKAP PANDAI OTAK BODOH DAN ANGKUH
    KLU BOLE BAILOUT KENAPA NAK RUGI
    KLU RUGI CARI DUIT BAYAR SENDIRI LAH BODOH..!!


    ...KLU ANAK RUGI CUBA JANGAN BERGANTUNG PADA PETRONAS KWSP TH ..
    CAKAP NNPK PANDAI TAPI BODOH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dh tua2 dia tu bodoh...semakin dia tia semakin bodoh

      Padam
  2. Fakta penyatyan umah topdog terutamanya DAP macam cacing kepanasan...

    Cubaan demi cubaan, serangan demi serangan, fitnah silih berganti datang dari PH untuk memburukkan pemimpin2 utama UMNO dan PAS...

    Mengapa?

    Kita tenguk fakta yang menakutkan PH terutsmanya DAP...

    Statistik Malaysia

    Warganegara Malaysia : 29,060,000 jiwa...

    Bumiputera : 20,070,000 (69.1%)
    Cina : 6,690,000 (23%)
    India : 2,010,000 (6.9%)
    Lain-lain : 290,000 (1%)

    Bumiputera merangkumi penduduk asal, Melayu dan seluruh suku kaum pribumi di Sabah Sarawak...

    PRU14

    Anggaran kasar kira-kira 90% Cina menyokong PH :

    90% x 6,690,000 = 6,021,000 orang...

    Melayu sokong PH, 30% :

    30% x 20,070,000 = 6,021,000 orang...

    India sokong PH, 70% :

    70% x 2,010,000 = 1,407,000 orang...

    Jumlah : 13,449,000 orang...

    100% Melayu, di tolak 30% yang menyokong PH, maka tinggal lagi 70%...

    Sewaktu PRU14, Melayu yang tidak menyokong PH, terbahagi kepada 2 parti utama :

    》Penyokong BN 35% (Anggaran 7,024,500 orang)...

    》Penyokong PAS 35% (Anggaran 7,024,500 orang)...

    Kem PH memperoleh sokongan 13,449,000 orang...

    Kem BN mendapat 7,024,500 orang...

    Kem PAS mendapat 7,024,500 orang...

    Hasilnya, PH memerintah kerajaan pada hari ini,
    atas dasar fitnah yang bertalu2 kepada kerajaan sebelumnya, di tambah dengan sokongan 30% pengundi Melayu (penyokong PKR, PAN, dan PPBM)...

    Tahun 2019

    Rakyat nampak dengan jelas siapa yang mencaturkan pergerakan2 kerajaan sekarang...

    PPBM cuma mahu mengekalkan kroni dan hegemoni kelangsungan business anak2 Madey...

    PAN, cuma tukang angguk, menjadi khadam sahaja kepada DAP...

    PKR, Ketua Umum (Ketum) dia asyik dok meratib nak jadi PM PM PM jer...

    Dulu di asaskan untuk menentang rejim Madey, selepas 20 tahun angkat semula diktator tu...kadang kepala penipu pembohong Aljub boleh buat kerja bodoh
    asalkan matlamat tercapai...

    Ini lah satu satunya pemimpin yang tak ada prinsip , rendah moral akhlak malah akidah iman keluarga sendiru pun bole jadi taruhan asal dapat jadi PM...

    BalasPadam

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...