Isnin, 20 Mei 2019

MAJORITI FDI DALAM SUKU PERTAMA MERUPAKAN PELABURAN BERKUALITI KATA TONY PUA #viralhancing

Suku pertama 2019 menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi direkodkan, terdiri daripada pelaburan-pelaburan berkualiti, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua.

Gambar Sumber Google

Pelaburan ini akan membantu meningkatkan taraf kemahiran tempatan dan teknologi melalui perkongsian kepakaran dalam pelbagai bidang, mempunyai nilai tambah yang tinggi dan yang penting sekali, memastikan bahawa Malaysia mampu mencapai matlamat utamanya iaitu bebas dari perangkap jurang pendapatan.

Tarikan pelabur-pelabur antarabangsa ke Malaysia telah bertambah sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan sejak setahun lepas, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua berkata demikian ketika mengulas mengenai cemuhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengenai statistik FDI disiarkan melalui Facebook Pua.

“Angka FDI yang diluluskan pada 2018, merupakan pencapaian terbaik setakat ini, yang akan membantu meningkatkan FDI direalisasi pada tahun ini dan tahun depan.

"Oleh itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah benar untuk menyatakan bahawa negara telah mencapai FDI direalisasi yang tertinggi dalam rekod pada suku suku pertama 2019, naik sebanyak 94.8 peratus kepada RM21.7 bilion daripada RM11.2 bilion yang dicatatkan dalam suku yang sama pada 2018,” kata Pua.

Katanya, pembelian saham-saham IHH Healthcare Bhd di Bursa Malaysia oleh Mitsui & Co Ltd daripada Khazanah Nasional Bhd adalah satu langkah signifikan kerana ia menunjukkan keyakinan dan kepercayaan yang diletakkan oleh pelabur-pelabur asing terhadap syarikat-syarikat dan ekonomi Malaysia.

Sumber SinarOnline

2 ulasan:

  1. SAPA ABANG LONG KAWASAN (TOPDOG) SEBENARNYA TUN ATAU TOKONG...??
    ATAU TUN SEKADAR SAMSENG KG DUSUN..!!?
    MAZLEE PPBM DI BIG IDIOT KAN DAP??

    Kalau dahulu Mahathir "berperang" dengan BN dan UMNO atas dikalimah fitnah iaitu hutang negara mencecah RM1 Trillion tetapi kini Mahathir terpaksa berperang sesama sendiri kerana mahu menjadi "abang long" kawasan walaupun memiliki kawasan Parlimen yang ciput.

    Benar !!! telahan majoriti rakyat bahawa dengan mempunyai kerusi yang banyak dalam parlimen maka "bargaining power" sememangnya terserlah atau "terpaksa menurut perintah" adalah kalimah yang diwajibkan tersumbat dimulut mereka.

    Kini semuanya terbukti.

    Kes Hanna Yeoh dari DAP membelasah Khalid Samad dari Amanah. Amanah hanya parti ciput yang setaraf Bersatu. Lihat bagaimana Hanna Yeoh memberi kata panduan ke dalam mulut Khalid Samad...kikikki..peerghhh pedihhh..pedih bro!!!!
    PAN brani ke nak melawan DAP tu!!

    Yang terkini dan yang paling hangat adalah isu yang melibatkan Menteri Pelajaran kesayangan Che Det dari Bersatu En Mazlee parti PPBM yang sedang dibelasah kiri dan kanan olih DAP, sehinggakan sanggup mendesak Mahathir agar budak big idiot oleh DAP ini disingkirkan dari jawatannya.

    Tu dia atok nak selamat macai atau anakcucu..??Cai dah berpeluh dalam PPBM ni..

    Hahaha..padat dan padu kena tibai dengan DAP.. Sekarang ni siapa "taiko" atau abang long kawasan dalam Pakatan Harapan ?
    Parti Mahathir atau Parti Lim Kit Siang?

    Sanggup ke cai- cai PPBM tahan telinga..???

    Kita tunggu pulak apa reaksi samseng kampung dusun memanda Duli Yang Maha Mulia Tun Mahathir Bendahara Jidin dan Hang Kebun Kadir Jisin mulakan gerakan buah silat pulut memasing..

    Adakah Mahathir akan menelan apa yang DAP lekehkan terhadap Mazlee tu??

    Nampaknya rasa hormat DAP terhadap kepimpinan Mahathir hancuss

    BalasPadam
  2. Madey sekarang telah d teropong oleh lim kpg siang yg mana teropong ajaib itu kepunyaan p ramli n skrang madey ssh nk pergi ke mana2 krn lim kpg siang dh ada tropong ajaib...madey dh kena kntrol oleh iblis2 dlm dap....

    BalasPadam

POS MALAYSIA MENGESAHKAN, KERIS ADALAH BARANG LARANGAN PENGEPOSAN!! #viralhancing

Adakah ahli DAP Balakong patut PDRM siasat kerana membuat kenyataan palsu dan menjelekkan kononnya nak mengaitkan ugutan kepadanya iaitu men...