Ahad, 12 Mei 2019

MATRIKULASI TAK RELEVAN KERANA SUDAH CAPAI TUJUAN ASAL KATA DAIM #viral hancing

Bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin berkata program matrikulasi sudah tidak relevan kerana tujuan asal bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah ditangani, lapor The Malaysian Insight.

Gambar sumber Malaysiantimes

Namun, jelas Daim, pembangkang akan menjadikan ia sebagai isu untuk mengkritik PH sekiranya matrikulasi dihapuskan.

“Waktu ia dimulakan dulu ada alasan baik untuk betulkan ketidakseimbangan (kaum). Sekarang sudah tidak relevan, boleh dihapuskan.

“Tetapi kalau (kerajaan) hapuskan sekarang pembangkang akan terus jadikan isu," katanya seperti dilapor.

Matrikulasi merupakan program prauniversiti yang diperkenalkan pada 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar Bumiputera.

Ia bertujuan membantu pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) profesional.

Bagaimanapun, matrikulasi sering dikritik sebagai 'pintu belakang' bagi pelajar bumiputera untuk memasuki universiti tempatan, selain dikatakan sebagai 'laluan mudah' berbanding STPM.

Pada 29 April lalu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan penambahan 60 peratus pengambilan ke program matrikulasi daripada 25,000 kepada 40,000 pelajar, dengan mengekalkan nisbah 90 peratus untuk bumiputera dan 10 peratus untuk bukan bumiputera.

Penambahan itu membolehkan penambahan pengambilan pelajar bukan Melayu tanpa menjejaskan kuota bumiputera.


Keputusan kabinet itu dibuat selepas rungutan daripada pemimpin kaum India yang mendakwa pelajar cemerlang kaum India tidak dapat tawaran ke matrikulasi.

Bagaimanapun, pemimpin MIC terus menuntut kerajaan mengumumkan kuota khas untuk kaum India seperti dilaksanakan pada era BN.

Sementara, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata program itu sepatutnya menggunakan sistem berasaskan merit dengan mengkhususkan kuota untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Sumber MalaysiaKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...