Selasa, 14 Mei 2019

MELAYU BERBALAH, KITA TAHU SIAPA YANG UNTUNG, MASALAHNYA KITA TETAP SENTIASA BERBALAH #viralhancing

SYUKUR, Tumpang dan rakan-rakan di Utusan dapat menyempurnakan ibadah puasa bulan Ramadan yang sudah masuk hari kesembilan.

Gambar Arkib

Syarikat akhbar Tumpang seperti mana saban tahun, kali ini masih lagi meneruskan tradisi menyediakan juadah berbuka percuma kepada kakitangannya. Alhamdulillah.

Malam tadi selepas tarawih, membuka mesej dalam aplikasi WhatsApp, Tumpang tersentak seketika. Senarai tetamu yang mengesahkan kehadiran ke majlis berbuka puasa dan tarawih di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM), Jalan Ledang, Kuala Lumpur esok (Rabu) antaranya terpapar nama-nama Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Hanif Omar, Tan Sri Zaman Khan dan banyak lagi tokoh Melayu.

Kalangan ahli akademik termasuklah Prof. Emeritus Tan Sri. Dr. Anuwar Ali, Prof Datuk Dr. Zainal Kling, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan ramai lagi ilmuan Melayu turut akan berbuat demikian.


Syabas Tumpang ucapkan kepada Datuk Dr. Hasan Mad, pengerusi MPM yang mengusahakan majlis itu yang diiringi bacaan yasin dan tahlil untuk para arwah pemimpin kita yang sudah pergi.

Tengah hari ini, Tumpang ke Cheras pula mewakili Utusan ke satu mesyuarat disertai beberapa pertubuhan Melayu yang merancang mengusahakan satu himpunan generasi muda muslim.

Himpunan yang akan diselang seli dengan dialog meja bulat itu khabarnya bakal disertai mereka daripada parti-parti Melayu kerajaan dan pembangkang.

Sekali lagi Tumpang memanjatkan syukur ke hadrat-Nya. Masih sayang lagi umat Melayu kepada kesatuan dan perpaduan ummah biarpun Melayu berpecah lima (mungkin enam dan tujuh) sebelum dan pasca PRU-14.

Melihat orang Melayu dari kalangan empat, lima parti politik Melayu ‘berperang’ dalam pilihan raya umum lepas, terdetik dalam diri Tumpang, “ Tak belajarkah daripada sejarah mereka?

Ada kalangan dari kita suka menyebut ungkapan Hang Tuah yang kononnya berkata, “Tak akan Melayu hilang di dunia”.

Hari ini benarlah Melayu tidak hilang, tapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini - dengan berpecah belah sesama sendiri?

Ilmuan agama dan reformis Mesir, Syeikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan yang Islam itu didindingi oleh umat Islam. Dan ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu.

Syeikh Rashid Ganusi, pemimpin gerakan An-Nahdah di Tunisia mengutarakan, jika ada dua parti politik orang Islam yang berebut kuasa, di situlah punca perpecahan umat Islam di mana-mana negara.

Ini kerana politik itu mencetuskan kebencian yang luar biasa sehingga umat tidak boleh bersikap rasional lagi. Zahirnya, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah politik.

Begitupun, lebih dalam lagi kerana dua kabilah politik itu dianggotai pelbagai individu - tiap seorang memiliki pelbagai kerenah, agenda, hasrat dan niat. Ada jurang antara tersurat dan tersirat. Antara akal dan nafsu, antara kata dan kota.

Di dalamnya pula muncul musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, sokong membawa rebah. Juga, perebutan kuasa sesama sendiri, adu domba, apatah lagi apabila kuasa dilihat dan digunakan sebagai duit untuk membina kekayaan diri, keluarga dan kroni.

Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari mencatatkan ketika mula menghadapi keuzuran kesihatan, Rasulullah SAW menyuarakan kebimbangan baginda akan selepas kewafatannya, terjadi pertelingkahan ummah kerana merebut kekayaan.

Kebimbangan baginda suatu jangkaan tepat suasana yang akan berlaku selepas baginda wafat - bahawa ummah walaupun kekal berpegang kepada Tuhan yang Esa.

Tetapi mereka berpecah belah kerana faktor-faktor pangkat, kuasa, kekayaan dan afiliasi, hingga ummah menyisihkan semangat persaudaraan.

Bahkan, akibat persaingan politik kita hari ini (maaf cakap), telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan Islam. Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan berlaku berleluasa.

Perbalahan dipanjangkan dalam penulisan, disebarkan melalui alam siber. Dan sehingga akhirnya dibimbangi tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai.

Tapi, cuba kita lihat orang bukan Melayu. Antara kata pujangga Confucius berbunyi: “Tidak menjadi salah untuk sesuatu terusan mempunyai sampan yang banyak asalkan kesemua sampan menuju haluan yang sama”.

Ungkapan tersebut sebenarnya menjadi kompas pelbagai organisasi bukan Melayu. Meski mereka berada dalam kabilah berlainan, tetapi dalam perkara-perkara asas menyentuh bahasa, kebudayaan, pendidikan dan perniagaan, mereka bersatu suara, bersatu tindakan.

Mereka tampak berselisih dari segi pendekatan tetapi mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Kepentingan mereka tidak pernah terjejas walau kabilah politik mana yang menang atau kalah di dalam pilihan raya.

Kabilah politik bukan Melayu memiliki kebijaksanaan strategi. Mengambil posisi sayap kanan - sayap kiri, tetapi sama-sama melambung bola ke petak penalti untuk menjaringkan gol kemenangan.

Ketika berlaku perselisihan di antara Sayidina Ali dengan Muawiyah, kerajaan Rom menawarkan bantuan kepada Muawiyah untuk menentang Sayidina Ali dengan harapan mendapat manfaat jangka panjang.

Tawaran itu ditolak secara tegas oleh Muawiyah. Malah secara keras Muawiyah memberi amaran kepada Kerajaan Rom:

“Jangan terpedaya kerana perbezaan kami. Jika kamu berhasrat menentang umat Islam, aku akan menjadi tentera Ali yang pertama untuk menentangmu (Rom).”

Sumber Utusan

2 ulasan:

  1. Malu! Tidak Yakin Mahathir dan PH Urus Ekonomi -Kajidata Research &The Edge.

    Pulihkan keyakinan terhadap ekonomi negara

    KEMENTERIAN Kewangan digesa untuk mengambil langkah drastik dan segera untuk memulihkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

    NOTE.

    Saja aku up sket komen smlm...

    Pada macai macai Gen Y PH dan sekutu dng nta. . saja aku peringat sket sbb aku anti PH dan Atok Fitnah kau tuhh..

    Thr Edge ni Milik Cina Tang Kong Ooi ..

    Tan Kong Ooi ni balaci aljubori .. Sejarah Bank Phileo Mr Tang ni CEO bank yg dah beroperasi di beru lesen olrh Aljuboori Jadi Menteri Kewangan..

    Semasa kes liwat 1 dulu Bini Azmin pernah kerja di Phlio Bank ini. Samsidar bileh masuk pejabat bila bila masa dan keluar prjabat bila bila masa dia suka... gaji lumayan di Phlio Allied Bank. Skandal Liwat 1 Samsidar ni kekasih gelap aljubori dan kes liwat samsidar disoal siasat di mahkamah .. kes ni Tun Maha Fitnah ayok kau orang yang jadi PM... Tang Kong Ooi ni jugak yang nak beli document dari Justo pasal kes PertoSaudi untuk diselewengkan fakta 1 MDB.. cukup la smpi situ peranan The Edge milik Mr Tang Kong Ooi ni.

    Skg The Edge dah mula balun Tun Maha Fitnah Atok macai macai sekelian. Kalau macai bodoh dan tak faham2 lagi peranan The Edge ni skg jadi batu api utk singkirkan Atok Fitnah Pooojaan ati macai Bunga sekelian dengan harapan Aljuboori dapat menjadi PM secepat mungkin....

    Pada macai macai Bunga atok fitnah kesayangan kau orang sekelian... ada tak The Edge up sket dan sentuh pasal cerita Liwat Anwar Aljuboori...??

    Topuk dado masing masing lu fikir la sendiri... Apo pasal The Edge tak uo sikit cerita liwat atau Bakal PM ke 8 seorang banduan liwat...??

    lu fikir la sendiri.... kami tunggu panji kesayangan atok masa nak tepukkk ajer ni.... cai cai sklian yg ni pun nak ajar jugak ke

    BalasPadam
  2. Pernah kah The Edge puji pelaburan dan ekonomi di Malaysia di bawah kuasa Atok Fitnah...??? elekkk..


    Awas batu api Thr Edge menjatuhkan imej atok fitnah supaya aljubori pluralist boleh naik segera...

    The Edge ada agrnda membatu api sesama sindri...


    kikiki... padan dah tu fitnah kembali pada si fitnah...

    haaahhh tepukkk dan gaduh sesama sindri..

    selamat menyambut ramadhan alkaree dan aidulfitri....


    BalasPadam

[Muafakat Nasional] Mana mungkin Nik Aziz terima penyatuan Ummah Islam ini kata Mujahid

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa menyanggah dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bekas mursyidul am parti Isla...