Khamis, 30 Mei 2019

PELABUR TARIK DIRI ITU PERKARA BIASA, MALAYSIA TIDAK BEGITU RISAU #viralhancing

Kalau kita biasa dengan propaganda 80 an, 90 an zaman PM ke 4, semua ceritanya nampak indah sahaja, semua yang bagus-bagus, segalanya hebat belaka.

Gambar sumber Astro Awani

Namun, PM ke 4 dahulu mengawal media, radia, TV, akhbar semuanya bercerita perkara sama. Realiti ekonomi negara ketika itu rakyat tidak dapat info sepenuhnya.

Namun berbeza pada era ini. PM ke 7 perlu sedar, walaupun pernah jadi PM ke 4, keadaannya cukup berbeza.

Rakyat celik, membaca, dapat segala apa sahaja bukti perihal ekonomi negara dengan hanya sekali klik.

Usahlah bercerita perihal perkara yang indah-indah sedangkan keadaan ekonomi negara yang cukup suram.

Sedangkan sebelum ini, segalanya ok, Najib dah bawa ekonomi negara ke landasan yang betul.

Anda nilaikan sahaja apa yang PM ke 7 ini nak sampaikan.

Ingat lagi kata-kata dia "Najib jual negara kepada China?"

Dari Astro Awani

Pelabur tarik diri itu perkara biasa, Malaysia tidak begitu risau kata PM

Keadaan dialami Malaysia tidak seteruk negara-negara lain yang turut menjadi mangsa ekoran perang dagang yang berlaku antara AS dan China.

Kerajaan tidak begitu risau mengenai sentimen pelabur asing di negara ini, termasuk tindakan mereka yang menarik pelaburan keluar dari Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, keadaan itu memang dialami Malaysia, tetapi tidak seteruk negara-negara lain yang turut menjadi mangsa ekoran perang dagang yang berlaku antara Amerika Syarikat dan China.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, Malaysia kini dalam landasan yang betul untuk kembali menjadi kuasa ekonomi yang kukuh, ekoran pertumbuhan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta pendapat per kapita rakyat yang semakin meningkat.

“Kami berharap untuk terus melihat kadar pelaburan meningkat di negara ini. Untuk itu, Malaysia memerlukan bantuan anda untuk melaporkan apa yang sedang berlaku di dalam negara ini,” katanya kepada wakil media antarabangsa di Kelab Pengamal Media Antarabangsa Jepun, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan wakil media sebagai sebahagian daripada program lawatan kerja rasmi beliau ke Jepun selama tiga hari, bermula Rabu.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, Malaysia sudah berjaya mengurangkan hutangnya daripada RM1 trilion kepada kadar terkini iaitu 80 peratus KDNK.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun bagi mengurangkan paras hutang negara dari kadar sedia ada kepada 54 peratus KDNK.

"Sebagai contoh, mereka meminjam terlalu banyak wang, melebihi kadar siling yang ditetapkan.

Astro Awani

4 ulasan:

  1. ari jumaat minggu depan kerja satu hari ajer... klau Pak Lah atau Najib akan beri cuti am cuti perlepasan ... tapi kalau mamak ni renti kan lah dibagi... mamak ni bodoh sikit....


    kikikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Madey cakap Melayu Islam malas.yg rajin dia & anak2 dia aje gamaknya.Baru 1 tahun dah berapa kali pegi Jepun.sape 2 rombongan nya?
      Hasil nya apa?

      Padam
  2. FUYOOO BANG NON BUAT UMRAH TUU
    BANYAK LA GAMBO DEPAN KAABAH NNTI
    MACAI PUN TERKINJA RiA GINI GITU..!
    BANG NON DAH INSAF ATAU NAK GELI GELI


    KIKIKIKI... TENGOK BOLE CAYA JANGAN
    muaahh haahh haah muahh hii hii hhiuu



    miajalipahJR

    BalasPadam
  3. Dh nampk dh ekonomi malaysia smkin x tentu arah...madey nk buat hutang lagi dgn jepun....hentam saja la labu...

    BalasPadam

VERSI PENUH VIDEO INTIM IRAS MENTERI KINI DIMUAT NAIK KE LAMAN WEB LUCAH #viralhancing

Klip itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan video dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini. Sebuah ...