Selasa, 21 Mei 2019

RIDHUAN TEE TERLEBIH MENJADI MELAYU KATA PAN #viralhancing

KUALA LUMPUR – Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (PAN) menasihatkan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah agar berhenti mengaitkan Islam dengan bangsa Melayu.

Sambil menyifatkan pendakwah agama itu sebagai satu contoh hasil faham politik parti penunggang, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional PAN, Aiman Athirah Sabu berkata, Mohd Ridhuan Tee tidak patut menyamakan bangsa itu dengan agama.

Gambar sumber - Sun Daily

“Saya perhatikan Ridhuan Tee sejak awal sehinggalah pelbagai titik perubahan, sikap dan pandangannya selepas berjaya jadi lebih Melayu, berbanding berjaya menjadi lebih Islam.

“Nasihat saya kepadanya, yang katanya mengulas dari perspektif Sains Politik. Memanglah politik itu benar, ia seni serba mungkin dan anda boleh mengulas isu politik dari segala sisi seni kemungkinan.

“Tetapi, Islam tidak seperti itu. Maka berhentilah mengaitkannya dengan Islam. Ia satu percubaan yang bukan sahaja jahat, tetapi salah, berbaur hasutan dan tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi status dalam akaun Facebooknya, semalam.

Sambil itu, beliau juga turut menyindir pendakwah agama itu dengan menyifatkan orang Cina yang tukar agama sebab lebih taksub dengan bangsa Melayu.

Katanya, beliau berkata begitu, sebab sejak sekian lama Ridhuan Tee tidak putus berbicara mengenai bangsa, lebih daripada bicaranya mengenai agama Islam.

Benar, tegas beliau, majoriti Melayu di Malaysia itu Islam, tetapi pendakwah itu tidak boleh terlalu simplistik menyamakan bangsa itu dengan agama.

Gambar sumber - IsmaWeb

“Itu wewenangan yang sama sekali membawa implikasi negatif seperti faham yang salah dan songsang, yang kesudahan akhirnya mencacatkan ketinggian serta keaslian wajah dan citra agama (Islam).

“Islam tidak pernah disinonimkan dengan bangsa dan keIslaman manusia tidak pernah diukur dengan bangsa, sama ada berdasarkan petunjuk dalam al-Quran, hadis mahupun dan sirah,” katanya.

Aiman Athirah menjelaskan, hanya UMNO yang melakukannya dan kini diikuti rapat oleh bekas seteru politiknya, Pas.

Mereka kata beliau, bertolong-tolongan membantu dalam kefasadan, iaitu kesan daripada mabuk kekalahan.

“Pada titik ini, memang ramai terkeliru kesan daripada polisi, sikap dan percubaan UMNO untuk menyinonimkan diri mereka sebagai Islam.

“Ini termasuk dalam usaha mereka mendepani pola politik Pas yang sekian lama juga cuba menyinonimkan “parti” itu sebagai agama,” katanya. – MalaysiaGazette

3 ulasan:

  1. rusuhan dijakarta .. indonesia bunuh rakyat sendiri... dalang tentera mata sepet negara China komunis campurtangan sudah provokasi rusuhan di indonesia...

    BalasPadam
  2. Nama penghujung pun sabu patut la cakap pun Ada slang nya

    BalasPadam
  3. Ridzuan tee terlebih jadi melayu. Sedar tak yang PAN, mat sabu terlebih jadi DAP sanggu pulak khianat dng pas sebab ada habuan. Kalau tidak tentu tak cakap "sanggup makan babi dng guan eng dari makan ayam dengan najib".
    Sedarla diri anak sabu oii

    BalasPadam

[Panas] 'Yan Ke lebih teruk tahap biadabnya lebih tinggi dari pedajal'

Isunya kurang ajar, biadab dan tiada etika, ibarat bertandang ke rumah orang, kita menari bogel pula di hadapan ruang tamu, sehingga tetamu ...