Jumaat, 7 Jun 2019

ADAKAH INI 'GAME' TERANGAN UNTUK TANAM HABIS MUSUH POLITIK TUN? #viralhancing


SEBAB LATHEEFA KOYA DILANTIK KETUA PESURUHJAYA SPRM

Oleh: ISHAM JALIL

Kelmarin Perdana Menteri Tun Mahathir telah mengumumkan perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.

Perlantikan ini merupakan satu perlantikan politik.

Latheefa Koya merupakan seorang peguam parti politik dan sebelum ini memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, oleh itu beliau mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin politik PH.

Selama ini beliau bekerja dengan firma guaman Daim & Gamany, firma guaman yang berkaitan dengan Tun Daim Zainuddin, penasihat Tun Mahathir.

Oleh itu persoalan bagaimana Latheefa Koya akan menjadi ketua penyiasat rasuah nombor satu di Malaysia tanpa pilih kasih dan berat sebelah menjadi tanda tanya yang besar.

Mungkin sebab ini perlantikan beliau tidak melalui jawatankuasa pemilihan Parlimen seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Pilihanraya PH.

Perdana Menteri Tun Mahathir berkata perlantikan ini adalah pilihan dan keputusan beliau sendiri.

Adakah selepas ini Latheefa akan menyiasat kes-kes rasuah besar yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik atau Menteri-menteri PH terutamanya yang rapat dengan Tun Mahathir seperti Azmin Ali, Lim Guan Eng, Shafie Apdal, Tun Daim atau Tun Mahathir sendiri dan kroni-kroninya?

Atau besar kemungkinan Latheefa akan menutup sebelah mata ke atas kesalahan rasuah mereka-mereka ini tetapi sebaliknya mengambil tindakan ke atas musuh-musuh politik Tun Mahathir?

Perlantikan ini juga dilakukan secara tergesa-gesa memandangkan tempoh kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini iaitu Dato’ Seri Shukri Abdul masih belum tamat sehingga tahun depan.

Tun Mahathir berkata Shukri sendiri yang mahu meletakkan jawatan, dan Shukri pula berkata yang kerjanya sudah selesai, namun demikian kes Dato' Seri Najib masih belum tamat oleh itu tugas Shukri sebenarnya masih tergantung.

Dan sesiapa yang pernah bekerja atau memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan tahu yang tiada sesiapa yang akan melepaskan jawatan tingginya di tengah-tengah tempoh kontraknya jika tiada masalah atau beliau tidak dipaksa.

Tambahan lagi apabila seseorang itu pencen, punca pendapatannya akan hilang sehingga lebih separuh.

Oleh itu, kenyataan Tun Mahathir dan Shukri ini langsung tidak masuk akal dan umpama cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Persoalannya, mengapa Shukri "dibuang" dan digantikan, dan mengapa kini, dan mengapa Latheefa?

Perkembangan kes Dato’ Seri Najib di mahkamah kini semakin tidak menyebelahi Kerajaan.

Pihak pendakwaraya dan SPRM di bawah Shukri masih tidak dapat mengemukakan bukti kukuh bahawa Dato’ Seri Najib bersalah.

Mungkinkah Shukri tertekan dan ditekan oleh Tun Mahathir kerana tidak berjaya untuk mencari bukti yang sebenarnya tiada untuk mensabitkan Dato’ Seri Najib sehingga beliau (Shukri) terpaksa meletakkan jawatan atau diarah berhenti setahun sebelum tempoh kontraknya tamat?

Pada tahun lepas seminggu selepas Tun Mahathir melantik Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, saya pernah membuat kenyataan yang disiarkan di akhbar menggesa Shukri untuk meletakkan jawatan kerana beliau prejudis terhadap kes Dato' Seri Najib dengan kenyataan-kenyataan yang mengiaskan Dato' Seri Najib telah bersalah walaupun siasatan masih belum bermula ke atas bekas Perdana Menteri tersebut.

Kini Shukri telah akhirnya meletakkan jawatan, namun bukan oleh sebab beliau prejudis, namun mungkin sebab beliau tidak kompeten di mata Tun Mahathir untuk mensabitkan Dato' Seri Najib secepat mungkin.

........

Walaupun Latheefa Koya pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, beliau bukanlah orang Anwar Ibrahim, sebaliknya beliau menentang kem Anwar Ibrahim serta penyokong-penyokong kuat Anwar seperti Rafizi Ramli.

Pada pemilihan PKR baru-baru ini, Latheefa pernah membuat kenyataan bahawa berlaku rasuah dan politik wang dalam kem Anwar Ibrahim iaitu yang melibatkan Rafizi Ramli yang dibelakangi Anwar semasa kempen pertandingan Timbalan Presiden PKR.

Latheefa menyokong Azmin Ali yang dibelakangi Tun Mahathir.

Kini apabila Latheefa adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, adakah beliau akan mendiamkan diri atau mengambil tindakan ke atas kesalahan-kesalahan rasuah politik kem Anwar Ibrahim tersebut seperti yang beliau (Latheefa) bangkitkan sebelum ini?

Sejarah berulang. Nampaknya kali ini lidah bercabang Tun Mahathir membawa salah satu lagi agenda bercabang serampang dua mata iaitu selangkah lagi ke arah menghapuskan Najib dan Anwar untuk beliau (Mahathir) terus berkuasa menjadi Perdana Menteri atau meletakkan proksi beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Dan bak kata Mat Sabu, "bila dua gajah bergaduh, rumput menjadi mangsa".

Dalam kes ini dua gajah itu ialah bos-bos beliau sendiri iaitu Mahathir dan Anwar. Dan Latheefa menjadi alat. Dan rumput itu adalah rakyat.

Dan DAP memerhati gembira.

Kepada Tun Mahathir. Baik letak Mat Sabu sahaja jadi Perdana Menteri PH. DAP pun suka dia.

ISHAM JALIL
6 Jun 2019

11 ulasan:

  1. SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN
    TUDUH FITNAH UGUT JADI MAINAN
    WALAU RENTA ITU BUKAN UKURAN
    CINA DAP BERTEPUK TEPUK SAKAN


    latipa koyak jadi alat gajah bergadoh macai dikencingi kiki




    miajalipahJR

    BalasPadam
  2. KALAU HINDU 3 CALIT JELUTONG MARI
    AGIH DAGING LEMBU KORBAN AIDILFITRI
    AMACAM KASI BETINO INDIA JOIN SEKALI
    AGIH DAGING TOHAN DEPA UTK KALI INI


    mintak masjid pulau pinang anjur majlis agih daging lembu oleh MP Jelutong MP Betino india dan MP DAP agih agihkan pulak daging lembu untuk hari raya.... jangan masjid P. Pinang bagi masak daging babi udah lerr...


    Amacam Bro Semua daging lembu tuhan 3calit jelutong dan Cino DAP agih daging pulak...



    muahahah muahahaiuuuueww
    nak sangat ko agih skli daging tohan ko


    miajalipahJR

    BalasPadam
  3. Diminta Berundur Kerana Gagal Sabitkan Najib Secara Mutlak Isu 1MDB?

    Wujud cakap-cakap kedai kopi kontrak bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul ditamatkan secara tiba-tiba kerana beliau gagal mengemukakan bukti yang kukuh untuk mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu 1MDB.

    Senario itu sejajar dengan hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) beberapa tahun lalu terhadap 1MDB yang turut tidak menemukan sebarang bukti.

    Lebih menarik, siasatan PAC disertai oleh Naib Pengerusi DAP kebangsaan ketika itu, Tan Seng Giaw.

    Bukan calang-calang orangnya. Seorang ahli politik DAP yang senior dan lebih 5 penggal menjadi Ahli Parlimen.

    Kejujuran Seng Giaw mewujudkan rasa marah dah kurang senang kepimpinan DAP yang berusaha mahu beliau mengubah kenyataan dengan mengaitkan Najib.

    Mereka mahu Seng Giaw kata sisatan PAC menemukan perkaitan dengan Najib.

    Namun, beliau bukan kaki fitnah seperti sebahagian ahli dan pemimpin DAP, beliau tetap dengan pendirian bahawa Najib tidak terbabit dan tidak bersalah berdasarkan siasatan yang dilakukan beliau di bawah jawatankuasa Parlimen berkenaan.

    Natijah daripada keengganan beliau untuk menipu, Seng Giaw digugurkan pada bertanding kerusi Parlimen Kepong dan digantikan dengan Lim Lip Eng dalam pilihan raya umum ke-14 lalu.

    Faham sendiri la siapa yang digantikan itu yea.

    Kini, kita melihat Shukri yang begitu lantang dan yakin mengenai Najib dalam isu 1MDB juga gagal membawa bukti kukuh selepas diberikan kuasa tertinggi dan kebebasan mutlak untuk menyiasat.

    Kali ini beliau tidak boleh lagi memberikan alasan tidak menerima kerjasama kerajaan atau pejabat peguam negara.

    Tidak boleh lagi memberikan alasan kerja beliau dihalang oleh sesiapa.

    Namun, apa yang dapat dihasilkan? Takda apa pun. Kalau benda tak berlaku, nak reka atau tambah bukti kat mana?

    Inilah antara sebab mengapa rakyat kembali menyokong Najib kini.

    Sebelum pru, beliau dizahirkan begitu korup dan ada bergunung bukti beliau kononnya makan duit rakyat.

    Kini dah masuk tahun kedua PH mentadbir namum masih tak nampak apa yang solid atau kukuh mengaitkan beliau.

    Semua isu melibatkan diri beliau, telah Najib jawab dengan fakta terutama di akaun Facebook miliknya.

    Penyokong PH atau lebih dikenali mahacai hanya meroyan menjerit-jerit Najib penyamun dan sebagainya di media sosial tanpa mampu memberikan sebarang hujah yang solid apatah lagi bukti.

    Kini, mungkin mereka-mereka yang bergegas ke lapangan terbang Subang ketika Najib mahu bercuti selepas tewas pru, dengan niat mahu menghalang beliau berlepas, turut ternanti bukti-bukti kukuh yang dijanjikan dulu.

    Sampai sekarang tidak ada apa yang menyakinkan.

    Shukri pun terpaksa direhatkan awal.

    Dr Mahathir terpaksa menggunakan kuasa diktator dan melantik spesis Kerela untuk mengetuai SPRM.

    Nasihat aku kepada kakitangan SPRM, jangan berikan sokongan kepada Latheefa Koya.

    'PULAU'kan aje sebab kedatangan species Karela ke SPRM boleh dipersoalkan niat dan tujuannya.

    Rakyat kini sedar, 1MDB ditokok tambah isunya dan dijadikan umpan untuk mendapatkan undi pada rakyat.

    Ternyata umpama berkenaan mengena berdasarkan hasil undian pada PRU15 lalu.

    Tapi itulah… Rakyat la diperbodohkan. Ternganga minum kencing pemimpin PH…

    Nasib aku tak pernah undi diaorang

    BalasPadam
  4. Mahathir, a great fan of Sun Tze is applying The Art Of War. Just wait for the results after he's promote latipah koya as a head of MACC.. more time hes in power its more enemy tun's create..

    I would support PM if he minces LGE, Nga, Anwar and Waytha to bits. Art of War by Tsu Tze will not end here too.. After his dead his son mirzan mokhzani marina gereja will the last victim.


    i willPromise

    BalasPadam
  5. Strategi madey n daim dh mengena...yg hancur skrang adalh boss pkr abg non yg smkin bodoh segalanya...padanlh muka2 pkr n dap yg dh kena kencing oleh madey n daim...

    BalasPadam
  6. EXCO PERAK DAPAT HADIAH AIDILFITRI
    CAMRY SEKO SORANG MACAI HANCING LAGI
    INI KJAAN PH LANSUNG X BERINTIGRITI
    MACAI KENCING SKALI DEPA KENCING HARI2



    MUAHAHAHA... MUAHIHIHI...
    DEPA KENCING HARI2 MACAI LOKOS LAGI



    miajalipahJR

    BalasPadam
  7. macai pH kata jerung lagi besar akan dipetik ketua SPRM yg baru... alahaiii
    goreng selagi bole .. kencing selagi bole kencing... kikiki..

    atok dah tak tahan ssgt tulur diclamping topdog... pedih ngilu konci clamping tulur dipegang topdog... maka tipah tertipu dilantik jadi MACC yg baru... gempak sikit dengan harapan clamping tulur atok kasi sikit longgar sikit... kikikiki..

    kita tengok atok bole kasi bukak clamling tulur atok dari topdog atau tidak..!!!

    kikikikiki.. tulur atok dah pedih ngilu sssgttt dah tu...


    kikikikikiki..

    BalasPadam
  8. Malaysia Akan Mendapat Timbalan Perdana Menteri Cina Yang Pertama?
    Kalau Anwar PM, Siapa Pula Timbalan PM..???kikiki..lu fikir sindri laa..!!

    Malaysia baharu sejak 9 Mei 2018 akan menempa sejarah hitam tersendiri apabila negara bakal memiliki Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari kalangan bangsa Cina DAP tidak lama lagi, mengakhiri dominasi bangsa Melayu yang menyandang 12 kerusi TPM sejak negara mencapai kemerdekaan tahun 1957...

    Ini kerana Anwar Ibrahim yang bakal menjadi Perdana Menteri ke-8 akan melantik Lim Guan Eng, anak Lim Kit Siang ini dari Devil Action Party (DAP) sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau, seperti yang di janjikan...

    Wajarkah Guan Eng Jadi TPM?

    Selain mempunyai 42 Ahli Parlimen yakni kedua terbanyak selepas PKR yang memiliki 50 ahli Parlimen, rakyat Malaysia yang 'bijaksana' termasuk pengundi Melayu telah 'menghadiahkan' DAP dengan jumlah ADUN paling ramai (109 ADUN) berbanding mana2 parti dalam Pakatan Harapan...

    Apa akan jadi apabila Malaysia ada TPM bangsa Cina DAP?

    Masyarakat Cina akan sekali lagi bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 untuk memberikan undi mereka pada DAP, sekaligus melenyapkan harapan gandingan UMNO-PAS dan BN untuk meraih undi masyarakat Cina buat MCA atau mana2 parti lain...

    Apa kata macai Melayu Bersatu dan PAN?

    Tak boleh sebab itu rasis, kalau Cina bersatu itu perpaduan, kata bangsa DAP!!!

    Siapa ganti Menteri Kewangan?

    Siapa lagi kalau bukan Rafizi Ramli yang bakal di kawal Tony Pua selaku Timbalan Menteri Kewangan...

    Sahabat baik, sama2 fitnah BN dari segenap sudut...

    Apabila Rafizi jadi Menteri Kewangan, kita boleh tengok dia buat magik turunkan harga minyak, turunkan harga barang dan tunai semua janji2nya sebelum PRU14 yang bertaraf 'bulan dan bintang'...hahahaha..!!

    BalasPadam
  9. DULU AKU PERNAH TULIS MALAYSIA PERLU RAPATKAN ATAU MENYERTAI TERUS "PAKATAN BRICS"

    AKU AKAN BERHENTI MENYERANG ATOK FITNAH SEKIRANYA MALAYSIA MENYERTAI PAKATAN 'BRICS'

    ANTARA PERKARA BERANI YANG DIBENTANGKAN OLEH BRICS IALAH :

    1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
    2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
    3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
    DOLLAR ,IMF , WORLD BANK DAN FEDERAL RESERVE AKAN HANCUR DIBAWAH PAKATAN BRICS

    Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia berada dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan.

    SERGEI GLAZIEV : SISTEM HUTANG + RIBA TIDAK MASUK AKAL

    Sergei Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.

    Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.

    Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu Sergei Glaziev mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.

    Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuklear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.

    Bank Negara dan Central Bank setiap negara perlu direvolusikan dan direncanakan semula tidak terikat pada RIBA Yahudi Sedunia dan penghapusan secara total Dollar EURO dan Federal Reserve.

    BalasPadam
  10. Kesan dari Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.... OPEC yang diterajui yahudi Rothchild menguasai minyak dunia .. "OPEC DIBUBARKAN"

    BalasPadam
  11. Russia gold buying: Putin's HEAVY gold buying 'BAD SIGN' for WORLD PEACE
    Russia gold buying

    Russia gold buying: Putin's gold buying could be a 'bad sign' for world peace (Image: GETTY)
    RUSSIA’s gold buying hit its highest level in six years in the first quarter of 2019. An expert is now warning Russian President Vladimir Putin’s heavy buying of the shiny metal is a “bad sign” for world peace.

    BalasPadam

KERANA PAYUDARANYA BESAR SANGAT, GADIS 20 TAHUN ALAMI TRAUMA #global #viralhancing

MEMILIKI payu dara bersaiz luar biasa ternyata menghantui kehidupan seorang gadis berusia 20 tahun. Dani Markerson bukan sahaja menjadi...