SHAH ALAM: Seorang wanita dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun trauma selepas gerai nasi lemak yang diusahakan bersama suaminya di Sunway Kayangan, di sini, diserang seorang lelaki, semalam.
Bagaimanapun, wanita itu, Nur Anis Jamil, 29, dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun tidak mengalami kecederaan selepas lelaki terbabit menendang dan menolak meja di gerai berkenaan dalam kejadian pada jam 9.45 pagi itu.
Akibat perbuatan lelaki itu, kanak-kanak berkenaan hampir terkena air panas yang tertumpah manakala wanita itu mengalami sesak dada akibat penyakit jantung dihidapinya.
Suami wanita itu, Muhammad Zamyn Abdullah, 30, berkata, ketika kejadian beliau berada di rumah di kawasan berdekatan untuk memandikan anak sulungnya yang berusia enam tahun.
“Tidak lama kemudian, saya menerima mesej WhatsApp daripada seorang pemilik kedai berdekatan memaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi berkenaan.
“Setibanya di lokasi, saya terkejut melihat keadaan gerai yang bersepah selain isteri dan anak yang trauma. Ketika kejadian, adik lelaki saya berusia 23 tahun turut berada di situ dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Lelaki berkenaan dikatakan memarahi isteri dan adik saya kerana berniaga di situ sebelum bertindak menendang gerai yang diusahakan sejak hujung tahun lalu itu. Ia berlaku selama lima minit sebelum lelaki itu beredar,” katanya.
Bimbang perkara buruk berlaku, Muhammad Zamyn membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jelutong untuk tindakan lanjut.
“Kami berniaga di situ atas permintaan penduduk setempat dan mereka sentiasa memberi sokongan. Kami akan terus berniaga kerana ia sumber pendapatan rezeki keluarga.
BH online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka
Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
Terkejut juga, sudah tahu yang datangnya adalah Mahathir, patutnya orang kuat parti pejuang kenalah tarik segera orang-orang dia diseluruh M...

Tiada ulasan:
Catat Komen