Jumaat, 14 Jun 2019

GESA PUTRAJAYA REHATKAN AZMIN SEMENTARA -OTAI REFORMASI #viralhancing

Pengerusi Otai Reformasi Idris Ahmad pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.


PETALING JAYA: Otai Reformasi hari ini menggesa Putrajaya merehatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali daripada tugas kerajaan susulan kontroversi klip video seks sejenis.

Kumpulan penyokong tegar reformasi itu juga mempersoalkan, apa yang disifatkannya sebagai “kesungguhan” Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Azmin sebagai mangsa politik kotor.

Pengerusi Otai Reformasi, Idris Ahmad berkata, Azmin perlu direhatkan daripada tugas rasmi buat sementara bagi membolehkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

“Otai menyarankan Azmin diberi rehat daripada tugas rasmi. Ini bertujuan menjaga nama baik kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya,” katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya.

Idris berkata, pihaknya juga mencurigai dengan “campur tangan” perdana menteri, yang menurutnya, bertindak mempertahankan Azmin.

“Mahathir mengatakan video tersebut ‘dipalsukan”’ dengan menggunakan teknologi canggih sedangkan kita meragui kepakaran beliau dalam teknologi video, manakala pelaku dalam rakaman video itu membuat akuan pendedahan bahawa mereka berdua terlibat dalam aksi seks tersebut.

“Tindakan Mahathir amat berbeza pada 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dihukum sebelum siasatan polis dibuat dan mahkamah menjatuhkan hukuman.

“Tetapi pada tahun 2019 kenyataan Mahathir amat berbeza dan berlainan sungguh. Otai berharap Mahathir tidak bersikap ‘double standard’ dan berat sebelah dalam mengadili isu video tersebut,” katanya.

Rabu lepas. setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin, Muhammad Haziq Aziz mendakwa beliau adalah individu yang mengadakan hubungan seks sejenis dengan Azmin selepas klip video memaparkan 2 lelaki melakukan seks luar tabii di laman sosial.

Azmin menolak dakwaan beliau terbabit dalam video seks itu dan membuat laporan bagi membolehkan polis dan Jabatan Agama Islam menyiasat dakwaan Haziq.

Beliau menyifatkan Haziq sebagai individu yang dimanipulasi oleh pihak tertentu dan mengarahkan peguamnya untuk turut mengambil tindakan terhadapnya.

FMT

2 ulasan:

  1. Rancangan menjadikan Azmin Ali PM ke-8 muktamad

    “Umum perlu faham, biar teliti manapun rancangan Mahathir, beliau tahu bahawa ianya berisiko menemui kegagalan biar kecil mana risiko tersebut. Justeru, beliau bersiap sedia untuk membubarkan parlimen pada bila-bila masa sekiranya terdapat tanda-tanda rancangannya akan gagal. Saya yakin bahawa inilah faktor utama yang mendorong beliau untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong secara senyap semalam tatkala rakyat Malaysia digemparkan dengan video-video seks Azmin”

    BalasPadam
  2. YESS BENAR SUNGGUH SANGKAAN EDEN..

    PANJI KUNYIT TOLO LABUH vS PANJI KUNYIT TOLO CLAMPING...

    KO ORANG PERANG LAH EDEN NAK TOPUK TANGAN AJOO...!! KIKIKIKI..


    JON DOE KO TEMBERANG... PANJI KUNYIT KUNING YG KU KATAKAN DAH MENJADI KENYATAAN

    KD SENYAP SENYAP MENGESAHKAN DARI MENGEMIS JAWARAN BAIK ISTIHAR PERANG

    BalasPadam

KERANA PAYUDARANYA BESAR SANGAT, GADIS 20 TAHUN ALAMI TRAUMA #global #viralhancing

MEMILIKI payu dara bersaiz luar biasa ternyata menghantui kehidupan seorang gadis berusia 20 tahun. Dani Markerson bukan sahaja menjadi...