Isnin, 10 Jun 2019

HARGA BARANG SANGAT TERKAWAL MUSIM PERAYAAN INI KATA PEMUDA AMANAH #viralhancing

Harga terkawal sepanjang perayaan ini bukti kejayaan kementerian terutama MOA dan KPDNHEP di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), kata Pemuda Amanah.

Gambar sumber Malaysiakini

Harga barangan mentah yang terkawal sepanjang musim perayaan dan berkurangnya rungutan di kalangan pengguna menjadi bukti jelas kejayaan bersepadu setiap kementerian di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), kata Pemuda Amanah.

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata ia bukti kejayaan beberapa kementerian terutama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata ia bukti kejayaan beberapa kementerian terutama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Langkah memasukkan 27 senarai barangan mentah dan memanjangkan tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) daripada 15 hari kepada 30 hari telah menunjukkan hasil positif," katanya dalam satu kenyataan.

Pada September tahun lalu, kerajaan mengumumkan untuk mengaktifkan semula Naccol yang ditubuhkan pada Disember 2017.

Naccol memiliki tiga peringkat, iaitu majlis tertinggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, disusuli jawatankuasa eksekutif serta jawatankuasa peringkat pegawai.

Dalam kenyataannya Pemuda Amanah turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Naccol serta pasukan kementerian yang diterajui Salahuddin Ayub dan Saifuddin Nasution.

"Pemuda Amanah percaya bahawa selepas setahun mengambilalih pentadbiran negara, kesemua kementerian Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri bawah Pakatan Harapan telah menemui rentak dan formula terbaik untuk melakukan islah menyeluruh yang bakal memberikan manfaat besar kepada rakyat.

"Rakyat sebagai pemegang taruh terbesar kepada kerajaan hari ini berhak untuk menerima semula hasil tuaian, setelah perubahan besar yang mereka kenderai setahun yang lalu," tambahnya.

Malaysiakini

1 ulasan:

  1. AYOHHHH UMNO WAKE UP NOW...!!! FULL SWING FIGHTING...NOW ONLY 40% FIGHTING...!! WHERE ARE YOU UMNO DIVISION, YOUTH , PUTRI..!!!??

    WAKE UP...!!! BANGUNNNN SEGERA..!! AYOH LAWAN PAKATAN HAPRAK...!!!

    BANGUNNN.. WAKE UP NOW...!!!!


    Terlalu banyak isu yang membabitkan kepentingan rakyat sekarang ini. Namun kebanyakan pemimpin UMNO memilih untuk mendiamkan diri dan sekadar menjadi pemerhati atau sekadar bercakap sepintas lalu seolah-olah mereka tidak ada idea, tiada kesedaran atau masih berasakan mereka berada dalam blok kerajaan.

    Serangan-serangan bertali arus bagi mendapatkan kepercayaan rakyat dan pengundi sepertimana yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, Tony Pua, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Nurul Izzah, Mahathir, P.Ramasamy dan sebagainya sebelum berkuasa dahulu, langsung tidak kelihatan di dalam UMNO. UMNO yang telah memegang tampuk pentadbiran negara selama lebih 60 tahun dilihat seperti tidak bermaya dan masih terkapai-kapai untuk terus hidup atas belas ihsan Mahathir selaku Perdana Menteri dan orang yang paling berkuasa di Malaysia.

    UMNO mempunyai pelbagai cabang dan peringkat. Dari Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Ketua Sayap sehinggalah ke Majlis Tertinggi. Namun nampaknya kesemua peringkat tersebut kekal bising hanya pada waktu pemilihan atau semasa pilihanraya.

    BalasPadam

KERANA PAYUDARANYA BESAR SANGAT, GADIS 20 TAHUN ALAMI TRAUMA #global #viralhancing

MEMILIKI payu dara bersaiz luar biasa ternyata menghantui kehidupan seorang gadis berusia 20 tahun. Dani Markerson bukan sahaja menjadi...