KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menyifatkan penyebaran video seks seorang lelaki dengan menteri kanan Kabinet sebagai pelakuan politik jijik dan memualkan.
Kecewa dengan perkembangan terbaharu politik tanah air itu, Mujahid turut menasihatkan supaya semua pihak terutamanya umat Islam berhenti menyebarkan video tersebut.
“Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, kita harus berpegang teguh kepada ajaran Islam dengan tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan serta merendahkan maruah kita dengan politik yang menjijikkan dan memualkan.
“Apa yang lebih membimbangkan ialah masyakarat kita kini langsung tidak mempunyai rasa malu apabila secara terbuka dan terang-terangan membuat pengakuan melakukan maksiat. Tindakan seperti ini bukan sahaja memalukan tetapi menjejaskan kesucian Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Zakat Korporat di Bangi dekat sini hari ini.
Sementara itu, Mujahid turut mengesahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ada menerima laporan qazaf berkaitan penyebaran satu video lucah didakwa melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Pihak Jawi akan meneliti aduan tersebut mengikut bidang kuasa dan seksyen kesalahan berkaitan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan.
“Saya juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan sewajarnya terhadap laporan yang telah dibuat,” katanya. -UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?
Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

BUKAN KE DULU KO KATA DOSA PERIBADI
BalasPadamBILA NAK MAMPOD KATA ITU INI
LIWAT NI KIRA ONN KE TAK ONN NI..?
MUJAHIT MUJADAH MOHON FATWA DIBERI
ALAHAIIII...!!BARU SKG KO CKP MEMALUKAN AGAMA ISLAM... SELAMA INI ADE KO ANGKAT ISLAM KO...??
Sejak Bila Qazaf Dikenakan Ke Atas Peliwat?
BalasPadamQazaf adalah hukuman kepada mereka yang membuat tuduhan berzina ke atas "perempuan-perempuan" yang secara zahirnya tampak baik.
Justeru apabila Setiausaha Politik Azmin Ali, Hilman Idham membuat laporan qazaf mengenai video yang tersebar, ada dua persoalan seperti di bawah yang perlu dijawab:
1. Adakah Azmin termasuk di dalam kategori "perempuan"..? Ini kes sesama jantan.
2. Sejak bila "meliwat" termasuk di dalam kategori zina?
Melemparkan tuduhan zina (lelaki dan perempuan)yang tidak berasas adalah diharamkan oleh syarak berasaskan pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya,
1. Firman Allah Ta’ala:
Maksudnya : Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke atas "perempuan-perempuan" yang suci bersih kemudian tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan merekalah orang-orang fasiq.
2. Firman Allah Ta’ala:
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berzina) kepada "wanita-wanita" yang baik dan yang lupa (melakukan perbuatan keji) lagi beriman, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi mereka azab yang pedih.
3. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan, mereka bertanya ya Rasulullah apakah dia itu ? Rasulullah menjawab : “Menyengutui Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada peperangan di jalan Allah dan menuduh perempuan yang baik lagi beriman berbuat zina.
Kedua, di dalam kes DS Anwar Ibrahim vs Mohd Saiful Bukhari Azlan, Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, iaitu badan tertinggi dalam kehakiman syariah, telah membuat keputusan kes menuduh "liwat tidak termasuk dalam jenayah Qazaf." Mujahit nak keluar fatwa baru pulak ke..?? Kerajaan pH ini banyak benda pelik berlaku..!!
Kesimpulannya, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan tidak perlu membuang masa menyiasat laporan Setiausaha Politik Menteri terbabit
Setiausaha Politik Azmin Ali membuat laporan qazaf mengenai video yang tersebar, ada dua pertanyaan di sini:
BalasPadam(Menteri Agama Mujahid bersungguh bercakap mengenai Qazaf tetapi tidak langsung menyentuh kemurkaan Allah mengenai seks luar tabie ini)
1. Adakah Azmin ini termasuk kategori perempuan baik-baik sebab dia watak pasif dalam video tersebut? ��
2. Sejak bila meliwat ini termasuk dalam kategori zina?
Sumber-Sumber Hukum Mengenai Qazf
Melemparkan tuduhan zina yang tidak berasas adalah diharamkan oleh syarak berasaskan pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya :
1. Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke atas perempuan-perempuan yang suci bersih kemudian tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan merekalah orang-orang fasiq.
2. Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berzina) kepada wanita-wanita yang baik dan yang lupa (melakukan perbuatan keji) lagi beriman, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi mereka azab yang pedih.
3. Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan, mereka bertanya ya Rasulullah apakah dia itu ? Rasulullah menjawab : “Menyengutui Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada peperangan di jalan Allah dan menuduh perempuan yang baik lagi beriman berbuat zina.
Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, iaitu badan tertinggi dalam kehakiman syariah, telah membuat keputusan kes menuduh liwat tidak termasuk dalam jenayah Qazaf.
Jadi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan jangan buang masa menyiasat laporan setiausaha politik terbabit.
p/s: Masa hendak buat Hudud kamu bantah, masa tersepit cari hukum Islam.
PENYAKIT LAMA ATOK DAH MULA MELANDA
BalasPadamTAK DIBERITAHU TAK INGAT & TAK TAHU
SKRIP MAMAK MENGUNYIT RECYCLE SEMULA
KASI TEPUK PANJI KUNYIT MANA MELINGKUP DULU...
... PANJI KUNYIT TOLO LABUH VS PANJI KUNYIT TOLO CLAMPING TOP DOG JADI KENYATAAN... BETUL SUDAH TEKAAN KU...
AJOMMM KASI TAMBAH STOK POP CORN WAYANG KUNYIT NAK MULA...!!
MUAHAHAHAH MUAHAHAHIEEUWW..
MACAI TADAH ATOK PLAK HIDU
miajaliahJR