KUALA LUMPUR - Pertuduhan mahkamah terhadap anak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak akan mencalar imej beliau sebagai ahli Kabinet Pakatan Harapan (PH).
Ketika ditemui pemberita, Mohamad berkata, beliau tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu.
Beliau malah memberitahu, biar mahkamah yang menentukan proses berkenaan sehingga ia selesai.
“Tidak ada apa. Biar mahkamah proses. Tidak ada masalah. Tidak ada mencalar apa-apa,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Maju Holdings di Golden Eagle Hall, Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.
Pada 13 Jun lalu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengesahkan anak lelaki Menteri Pertahan itu iaitu Ahmad Saiful Islam didakwa kerana pengambilan dadah.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, Ahmad Saiful, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika disabitkan bersalah, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan isu pengambilalihan tanah-tanah milik kementerian, Mohamad berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh datang ke kementerian itu pada bila-bila masa.
“Saya tak nak komen apa-apa. Laporan oleh bekas Ketua Audit Negara yang kini Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan, Tan Sri Ambrin Buang sudah lengkap dan siap akan diserahkan kepada SPRM dan Polis,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?
Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Tiada ulasan:
Catat Komen