Isnin, 3 Jun 2019

PERMASALAHAN DI KEDAH SELESAI BILA ANWAR MENJADI PM KATA JOHARI ABDUL #viralhancing

SUNGAI PETANI: Semua permasalahan di Kedah akan berubah sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.

Gambar sumber Yahoo News Singapore

Demikian harapan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Kedah, Datuk Johari Abdul yakin masalah di Kedah akan dapat diselesaikan dalam tempoh empat atau lima bulan akan datang.

Johari berkata, penyelesaian akan dapat diatasi apabila Perdana Menteri ketika ini Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan itu dalam tempoh terdekat berdasarkan perjanjian sosial di kalangan pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, beliau orang pertama yang akan mengemukakan kepada Anwar untuk penstrukturan semula Kedah agar menjadi sebuah negeri maju di Malaysia.

Beliau berkata, Kedah kaya dengan sumber alam untuk dibangunkan tetapi sayangnya kini menjadi negeri kedua termiskin di negara ini.

Johari yakin, Kedah akan membangun menjadi negeri maju apabila Anwar menerajui kepimpinan negara dalam sedikit masa lagi dan beliau percaya masalah yang selama ini menghantui rakyat negeri Kedah akan dapat diselesaikan.

"Saya amat mengharapkan, bila Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri sayalah orang pertama akan memohon kepada Datuk Seri Anwar untuk melihat semula apakah perkara yang boleh kita bangkitkan, dan bangunkan dengan pantas

"Saya mempunyai idea-idea tertentu dan begitu saya yakin dengan adanya Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, masalah-masalah yang selama ini menghambat kita akan dapat kita selesaikan," katanya selepas menutup siri Jelajah MPN Keadilan Negeri Kedah 1.0 Parlimen Sungai Petani di Kampung Pengkalan Pengapit Batu, Sungai Petani, Kedah pada petang sabtu.

Cabang Keadilan Sungai Petani merupakan cabang terakhir dalam siri Jelajah itu setelah 14 cabang di seluruh negeri telah di lawati dalam Jelajah MPN Keadilan 1.0 bermula April lepas.

Sementara itu, Johari berkata siri Jelajah 2.0 akan bermula selepas hari raya aidilfitri tidak lama lagi.

Jelajah MPN Keadilan Negeri Kedah 2.0 akan memberi nafas baharu, bertemu dan berkampung bersama penduduk.

Pada lawatan setiap cabang Keadilan, MPN akan memberi fokus penduduk luar bandar terutama di penempatan kawasan tanah rancangan seperti Felda, Felcra ataupun KEDA.

Beliau berkata lawatan itu nanti pemimpin akan menyelami dan mengenalpasti masalah yang dihadapi penduduk serta mencari jalan untuk menanganinya.

Astro Awani

1 ulasan:

KERANA PAYUDARANYA BESAR SANGAT, GADIS 20 TAHUN ALAMI TRAUMA #global #viralhancing

MEMILIKI payu dara bersaiz luar biasa ternyata menghantui kehidupan seorang gadis berusia 20 tahun. Dani Markerson bukan sahaja menjadi...