Isnin, 10 Jun 2019

SAYA TERIMA KEPUTUSAN TUN M, LANTIK LATHEEFA KOYA, SEMUA PIHAK DIMINTA HORMATI KEPUTUSAN ITU KATA ANWAR #viralhancing

Semua pihak diminta supaya menerima keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan memberi ruang kepada Latheefa Koya melaksanakan tugas dengan tegas serta berkesan.

Gambar sumber google

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan berkata, polemik terbuka secara berterusan dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej kerajaan.

"Saya yakin Dr. Mahathir dan pimpinan PH akan menilai segala pandangan dengan penuh prihatin dan selanjutnya akan menjelaskan kepada Kabinet dan Majlis Presiden PH.

"Saya menggesa semua rakan menerima keputusan Dr. Mahathir dan memberikan ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan," katanya.

Dalam kenyataan sama, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, secara positif polemik tersebut telah memperkukuh komitmen PH untuk memastikan SPRM melaksanakan tugas secara adil selaras dengan kenyataan Dr. Mahathir di Melaka hari ini.

Kata beliau, kenyataan Dr. Mahathir bahawa penjawat awam menjadi golongan berkecuali dan mengelakkan diri daripada ikatan terlalu kuat dengan parti politik di belakang kerajaan memerintah.

"SPRM dituntut bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada pentadbiran lama dan baharu.
"Pimpinan PH, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan serta keberkesanan agensi itu," katanya. - UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

  1. DALAM ATI BANG NON MELUAP KEMARAHANYA
    NAK JADI PM PUNYA PASAL KENA LAH TAHAN SAJA
    LAM ATI GUNDAH GULANA TAKUT KENA GAME KEDUA
    KIKIKI ALAMAT PUTIH MATA LA BANG NON KITA YER



    KIKIKIKIKI.. KO YANG BANGANG PERCAYA PADA MUSUH LAMA KEMPUNAN LAGI LA NNPK NYAER


    MUAHAHAHAHAHH MUAHIEEEUUU..
    KO YG BODOH KO YG DUNGU CAYA ATOK MU



    miajalipahJR

    BalasPadam

VERSI PENUH VIDEO INTIM IRAS MENTERI KINI DIMUAT NAIK KE LAMAN WEB LUCAH #viralhancing

Klip itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan video dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini. Sebuah ...