Akibat tersebar memorandum bantahan dan bukti salah guna kuasa pihak pengurusan Environment Idaman Sdn. Bhd. dalam penganugerahan tender-tender kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri kedah, kakitangan syarikat itu diugut oleh pihak pengurusan dan beberapa buah telefon bimbit serta ‘notebook’ milik kakitangan turut dirampas kononnya bagi membantu siasatan.
Difahamkan, suasana kecoh tercetus apabila Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman, Mhd. Saiful Anuar bin Zainal tidak berpuas hati dan berang dengan penyebaran bukti-bukti salah guna kuasa yang terdapat di dalam memorandum itu yang turut tular di media sosial.
Sumber juga memberitahu ada beberapa kakitangan di bahagian operasi juga telah diarahkan membantu kontraktor-kontaktor baru mencari aset dan pekerja-pekerja dan ini jelas membuktikan bahawa kontraktor-kontraktor yang baru dilantik tidak memenuhi kriteria dan dilantik secara tidak sah oleh syarikat Environment Idaman.
Menurut sumber lagi, pihak Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia telah menghubungi jurucakap kontraktor bumiputera bagi mendapatkan penjelasan tentang penyebaran memorandum bantahan itu. Pihaknya juga memaklumkan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan pihak pengurusan Environment Idaman yang terlibat dalam salah guna kuasa disiasat segera.
Sementara itu pihak media masih gagal menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman, Mhd. Saiful Anuar bin Zainal bagi mendapatkan maklum balas tentang penyebaran memorandum bantahan yang tular di media sosial baru-baru ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah
PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
Terkejut juga, sudah tahu yang datangnya adalah Mahathir, patutnya orang kuat parti pejuang kenalah tarik segera orang-orang dia diseluruh M...

BILA MAKAM KUNYIT LEBIH TINGGI
BalasPadamKAROMAH KUNYIT MASAM LRBIH WANGI
KERAJAAN FITNAH TUN MAHA KUTTY
KARMA FITNAH MENDAPAT DIRI SENDIRI
SESUNGUHNYA RAKYAT SUDAH BOSAN, MELUAT, MENYAMPAH DENGAN 2 KELUARGA MANUSIA YANG MENGADAIKAN APA SAJA MARUAH DIRI HARGA DIRI BIJI DAN TELOR KELUARGA MEREKA DENGAN DUNIAWI HATTA AGAMA AKIDAH HINGGA MENGHERET RAKYAT BERSAMA KESESARAN MEREKA DENGAN PLURALISMA MURTAD DAN COMANGO HARBI.