Khamis, 20 Jun 2019

SPRM DIMINTA SIASAT PENYELEWENGAN TENDER DI KEDAH, MANA PERGI KETELUSAN YANG DIPERJUANGKAN?

ALOR SETER – Sekumpulan kontraktor Bumiputra mahukan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera membuat siasatan penuh terhadap penyelewengan pemberian tender kutipan sampah di negeri ini.


Jurucakap kumpulan kontrak Bumiputra berkenaan berkata, kami adalah kontraktor lama sejak Environment Idaman Sdn Bhd bertapak di Kedah dan Perlis, tidak berpuas hati cara tender dilakukan dan juga cara pemilhan kontraktor baru.

“Pihak kami mendapati terdapat cara yang tidak betul dalam pemberian tender kutipan sampah di negeri ini bagi tahun ini. Oleh itu kami mohon bantuan SPRM untuk membuat siasatan terperinci kriteria tender yang membolehkan sebuah syarikat baru mendapat kontrak yang dikeluarkan oleh syarikat Environment Idaman Sdn Bhd,” katanya.

Ini merujuk kepada keputusan tender terbuka kutipan sampai yang diumumkan oleh syarikat Environment Idaman Sdn Bhd pada 10 Jun 2019 dan juga Taklmat Penganugerahan kontrak pada 12 Jun 2019 di Hotel Alora di sini.

“Apa yang mengecewakan, syarikat yang dilantik jelas tidak memenuhi kriteria untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan. Kami percaya tender ini telah diatur untuk sesetengah pihak dari pengurusan  Environment Idaman,” katanya.

Beliau berkata, kemampuan syarikat yang dilantik lebih menjurus kepada krooni, proksi, kawan-kawan dan ahli keluarga  terdekat. Lebih mengaibkan, syarikat berkenan terbukti tidak mempunyai lori kutipam sampah dan juga tenaga pekerja yang sepatutnya.

Katanya, soalnya mengapa syarikat-syarikat baru ini diberi kontrak sedangkan Syarikat Envairoment  Idaman sendiri mengetahui bahawa syarikat-syarikat berkenaan tidak mempunyai kelengkapan aset yang diperlukan bagi melaksanakan tugas operasi yang bermula pada 1 julai 2019.

Beliau berkata, kami mendapati pemilihan mereka tidak mengikut aturan-aturan tender syarikat Environment Idaman. Kalau mengikut aturan betul, kami sudah pasti tidak mmpertikainya. Soalnya siapa yang memilih syarikat-syarikat ini untuk mendapatkan kontrak kutipan sampah berkenaan.
“Pada taklimat pada 12 julai 2019, kami terkejut kerana syarikat Environment Idaman telah memberi kata putus bahawa syarikat baru boleh memberi kontrak mereka kepada pihak ketiga (syarikat outsource) untuk melaksanakan operasi selama enam bulan sehinggalah syarikat-syarikat baru yang dipilih boleh membeli aset dan melengkapkan keperluan mereka.

“Keputusan ini jelas telah melanggarkan salah satu syarat surat tawaran pada para 17 (F) yang menjelaskan bahawa kontrak-kontrak yang dipilih tidak boleh dilaksanakan oleh pihak ketiga (syarikat outsource) tetapi perlu dilaksanakan oleh syarikat yang mendapat kontrak itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, dalam surat tawaran itu sudah membuat ketetapan bahawa tidak membenar pihak yang mendapat kontrak memberikan kepada pihak ketiga untuk membuat kerja-kerja kutipan sampah. Soalnya  mengapa kelonggaran dibuat sehingga melanggar ketetapan sebelum ini.
Katanya, di sini kami lampirkan senarai nama syarikat baru yang telah dikurniakan kontrak kutipan sampah oleh syarikat Environment Idaman yang tidak mempunyai kelengkapan aset siasatan SPRM.

Syarikat berkenaan ialah syarikat perniagaan Azza Sungai Petani, Warisan Integriti Baling, Mohd Zulkarnain Enterprise Langkawi, Budipadu Mantap Sdn Bhd Kulim, Nis Expres Sdn Bhd sungai Petami, Syarikat Firwan Merican Kubag Pasu, Jaico Enterprise kulim, Damai Abadi Enterprise Sungai Petani, Mazhar Sdn Bhd Sungai Petani, Datasha Sdn Bhd Langkawi.

Beliau berkata, kami berharap siasatan segra dapat dilakukan oleh SPRM terhadap tender kutipan syarikat Environment Idaman kerana sudah sahih kerana ianya tidak mengikut proses aturan tender secara betul.

“Lebih daripada itu, kami juga mendapati  terdapat penggunaan salah guna kuasa daripada pihak pengurusan tertingi syarikat berkenaan bagi membolehkan syarikat-syarikat baru mendapat kontrak kutipan tanpa kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

“Oleh itu, kami hanya mahukan keadilan dan berharap Ketua Persuruhjaya SPRM yang baru dapat membantu kami dalam memperbetulkan kemelut ini agar tidak berpanjangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...