Sabtu, 29 Jun 2019

TIADA KEPERLUAN TUTUP SEKOLAH WALAUPUN ADA BERLAKU PENCEMARAN UDARA DI PASIR GUDANG KATA TPM

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan buat masa ini tiada keperluan untuk menutup sekolah di Pasir Gudang, Johor.

Gambar sumber FMT

Beliau berkata, walaupun terdapat beberapa guru dan pelajar mengalami sesak nafas, loya dan muntah akibat pencemaran udara selepas sesi persekolahan dibuka semula di Pasir Gudang semalam, namun ia tidak menjejaskan secara keseluruhan penduduk di situ.


Kata beliau, insiden terbaharu itu hanya membabitkan beberapa pelajar dan murid sekolah, tetapi tiada mana-mana pihak ditahan di hospital.

“Zon penampan kalau ada pun tak boleh menghalang apa sahaja yang ada dalam udara.

"Gas itu ada dalam udara, tak banyak yang boleh kita lakukan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Semalam, tidak sampai beberapa jam sesi persekolah dibuka, 32 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok di Pasir Gudang, kembali kecoh apabila mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Difahamkan murid-murid mula menunjukkan simptom tersebut kira-kira pukul 10 pagi semalam, sebelum pihak sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak masing-masing untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...