Isnin, 29 Julai 2019

ADA ORANG MAHATHIR BERJUMPA SENYAP-SENYAP DENGAN ZAHID HAMIDI, SIAPA DIA AGAKNYA? #viralhancing

KUALA LUMPUR 28 Julai - Jika benar dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada 'orang' Tun Dr. Mahathir mengunjunginya, persoalan yang timbul ialah siapakah orang berkenaan dan kenapa kunjungan itu dilakukan.

Adakah itu kunjungan persahabatan atau kunjungan untuk mencari satu ikatan ekoran suasana politik tempatan sekarang melihat pelbagai pihak cuba mencari tempat berpaut untuk mengukuhkan kedudukana masing-masing.


Semalam, Ahmad Zahid mendakwa dirinya dikunjungi 'orang' Dr. Mahathir namun Presiden UMNO itu tidak menjelaskan secara lebih lanjut adakah kunjungan itu disertai dengan jemputan untuk menyerti pakatan kerajaan.

Apa yang dinyatakan oleh beliau ialah orang berkenaan ajak berbincang dan Ahmad Zahid hanya menyatakan UMNO meletakkan tiga syarat sekiranya mahu parti itu ikut menyertai gabungan yang diterajui pengerusi Bersatu.

“Ingin saya maklumkan hari ini bahawa saya telah didatangi ‘orang Tun’ (Mahathir) supaya kita (UMNO dan Bersatu) duduk berbincang (bekerjasama) baru-baru ini.

“Maka saya sebutkan pendirian dengan jelas bahawa UMNO sama sekali tidak mahu DAP menjadi rakan kongsi (bekerjasama); kedua, membawa Pas bersama-sama (kerjasama politik) dan ketiga, tidak membubarkan UMNO,” katanya dalam ucapan semasa menghadiri program sarapan bersama barisan kepimpinan UMNO bahagian Alor Setar di Dewan RC di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, pendirian sama juga dilontarkan jika parti-parti lain termasuk PKR ingin menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Katanya, pendirian UMNO tersebut adalah amanah yang perlu dipertahankan beliau sebagai Presiden parti dan kehendak akar umbi ahli-ahli.

Tambah beliau, kuasa majoriti orang Melayu sekiranya bergabung melalui penyatuan ummah telah ‘menggerunkan’ Pakatan Harapan (PH) termasuk apabila Dewan Negara meluluskan untuk membenarkan umur 18 tahun mengundi semasa pilihan raya.

“Sebelum ini kita mempunyai 62 peratus pengundi orang Islam dan apabila dicampur dengan usia 18 tahun (dibenarkan mengundi) ia menjadi 68 peratus pengundi kaum itu. Jika termasuk Bumiputera, ia menjadi 72 peratus,” katanya.

Kelmarin, Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan di Dewan Negara dengan majoriti dua per tiga.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan ini, pilihan raya pada masa hadapan akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding umur 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TANGGUH JAWI SEHINGGA PERBINCANGAN LANJUT KATA 30 NGO

Kita lihat betapa bersungguhnya puak ini dalam melancarkan anti terhadap Tulisan Jawi/Khat, malah puak-puak ini sangat over dalam meluahkan ...