Sabtu, 20 Julai 2019

AZMIN TIDAK LAYAK JADI PM KATA DAP #viralhancing

KUALA LUMPUR 20 Julai - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menyedari bahawa beliau tidak mempunyai peluang menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri berbanding Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perkara itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu yang menegaskan majoriti kepemimpinan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong penuh Anwar menggalas jawatan nombor satu pentadbiran negara itu.

Ronnie malah mengatakan pelantikan Anwar juga telah dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH) sebagai individu menggantikan Dr. Mahathir walaupun terdapat spekulasi bahawa Mohamed Azmin dikatakan pemimpin ‘kesayangan’ Perdana Menteri itu.

“Ini benar, Anwar mungkin bukan kegemaran Dr. Mahathir tetapi dia adalah pilihan PKR (sekurang-kurangnya majoriti dalam parti itu), DAP dan Amanah.

“Sekali pun beberapa ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR berada di belakang Mohamed Azmin, mereka tetap tidak akan menjadi majoriti dalam PH. Oleh itu, saya tidak fikir Mohamed Azmin berpeluang menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik portal Malaysiakini hari ini. - UTUSAN ONLINE

2 ulasan:

  1. Bila Ayat AlQuran dipermainkaan..!! Kes ni kes semburit sejenis..Kes Kaum Sodomy!!

    Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memetik sebaris ayat suci al-Quran yang diterjemahkan maksudnya kepada pengikut akaun Twitter untuk tatapan umum.

    Timbalan Presiden PKR yang sedang berdepan tuduhan fitnah hubungan seks sejenis berkongsi mesej al-Quran yang menjelaskan mengenai pentingnya menolak tuduhan dusta dan berbaik.

    Ia merupakan "ayat 12 daripada Surah An-Nur bersempena solat Jumaat dengan hashtag #TwitJumaat#JumaatSA atau #Sayyidul Ayyam yang membawa maksud Penghulu segala hari.

    Ayat terjemahan itu berbunyi “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata:” Ini ialah tuduhan dusta yang nyata” (An-Nur:12)#JumaatSA.

    Bila kemaruk kuasa ... persoalan ayat ini ada lelaki dan perempuan.. bukan sesama jantan atau sesama perempuan..!!

    Dalam video itu jelas sesama lelaki .. homosex dari Bangsa Sodom..!!

    Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kini berdepan tekanan daripada pucuk kepimpinan yang mana beberapa pemimpin dan penyokong mula mendesak beliau letak jawatan atau bercuti sementara siasatan berlangsung

    sejarah negeri selangor suma MB melingkop tengah jalan akhirnya..

    wak jemin tunggu masa melingkup

    BalasPadam
  2. Filem P.Ramlee 3 Abdul (kebetulan IGP pun ada nama Bedul jugak kikiki..) sesuai sangat dengan senerio politik Malaysia.

    Bahana IGP Jadi Perkakas Politikus Usang Dan Kuno dan outdated. Inilah yang akan berlaku apabila si Bedul menjadi barua ahli politik usang, kuno dan outdated.

    Anda akan terpaksa membuat apa sahaja sekiranya tuan anda membunyikan locengnya *(seperti cerita Tiga Abdul ketika Abdul Wahub lakonan Allahyarham P.Ramlee membunyikan loceng untuk memanggil khadamnya).*

    Apabila Loceng telah pun dibunyikan dan Hamid Bedul pun kena buat apa sahaja, asalkan ikut nafsu si renta politikud usang, kuno dan outdated termasuk menyelamatkan Azmin. Dan itulah apa yang Hamid Bedul buat dengan begitu patuh sekali.

    Dailog 3 Bedul (Tipah Koyak AG dan IGP) jerit Si renta politikus kuno outdated


    Politikus Kuno : Khadammmm semuaa..!!! sila turun srkaranggg..!!

    3 Bedul bergegas turun tangga sambil berebut turun jatuh ke lantai

    3 Bedul : Ya Tuan politikus kuno..!! Ada apa tuan politikus kuno..

    Politikus Kuno : Kau pergi rumah jemin sekarang dan kau orang suma cakap sama dia ... wahai wak jemin selagi kau jilat bontot aku kau selamat wahai wak jemin... Pergiiii nowwee...!!

    3 Bedul : Baik lah politikus kuno outdated intan payung kunyit itam hawaw merecik masam..

    Politikus Kuno. : Khadam semua pergiii srkaranggg.. lembab bodoh punya khadam makan gaji buta saja...

    3 Bedul. : Baik lah tuan politikus kuno.. kami khadam bodoh bangang mohon pergi dolu...!!

    Sambil 3 Bedul berebut keluar pintu rumah si politikus usang kuno outdated jerit lagi


    Politikus Kuno. : Wooiii khadam bodoh semua ... dah jumpa wak jemin .. kim salam kat Anwar Aljuboori dengan pesanan kat Aljubori... "Jangan Mimpi nal jadi PM..!!" lagi satu jangan lupa pergi sana bawa panji kunyit itam sekali... Ada Fahammmmm khadam semuaa..!!!


    3 Bedul. : Faham tuan politikus kuno usang outdated ..kami bawa skli panji kunyit hitam hawaw merecik masam..



    kikikiki... pantun tak ada ari ni dialoug ajer ari nih...




    miajalipahJR

    BalasPadam

Akhirnya Maszlee jadi garang, sergah Ronnie Liu supaya jangan biadab dan kurang ajar

Akhirnya skrip yang sepatutnya terkeluar untuk merencahkan suasana drama hebat antara D4P dan Bersatu sudah nampak bayang-bayangnya. Selam...