Isnin, 15 Julai 2019

KERANA FITNAH JAHAT, BEKAS PEGUAM NEGARA SAMAN LIM KIT SIANG RM10JUTA #viralhancing

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.

KUALA LUMPUR: Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 juta terhadap pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang berhubung artikel yang mendakwa beliau membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB.

Dalam pernyataan tuntutannya, Apandi, yang merupakan peguam negara dari Julai 2015 sehingga pemecatannya selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya tahun lalu, berkata Lim menulis satu kenyataan fitnah yang diterbitkan dalam portal berita.

Artikel bertajuk “Dangerous fallacy to think Malaysia is on the road to integrity” diterbitkan di Malaysiakini pada 6 Mei tahun ini.

Apandi, yang kini menjadi peguam berkata artikel itu menyatakan beliau terlibat dalam jenayah.

Dalam saman yang difailkan pada 5 Julai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Saibullah MV Nathan & Co, beliau berkata artikel itu menggambarkan beliau sebagai orang yang tidak bermoral tanpa integriti.

Beliau berkata artikel itu juga menyatakan beliau tidak beretika dan tidak bertanggungjawab, dan mengamalkan pilih kasih semasa memegang jawatan peguam negara.

Apandi mendakwa artikel itu tidak benar dan menyebakan beliau dipandang hina oleh masyarakat.

Ia juga diterbitkan semula dan dikongsi melalui WhatsApp, Twitter, Facebook dan lain-lain media sosial, katanya.

Apandi berkata peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Lim pada 13 Jun, meminta veteran DAP itu membetulkan atau menarik balik kenyataannya dan memohon maaf mengikut terma dan syarat yang diberikan.

Bagaimanapun, beliau berkata Lim enggan atau tidak bersetuju dengan tuntutannya, menyebabkan beliau memfailkan saman tersebut.

Apandi menuntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi tambahan serta ganti rugi teruk dan teladan termasuk 5% faedah.

Beliau juga menuntut kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, serta injunksi untuk menghentikan Lim atau ejennya daripada menerbitkan artikel selanjutnya, sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

Pada Januari 2016, Apandi membersihkan Perdana Menteri ketika itu Najib Razak dalam kes 1MDB dan SRC International kerana kekurangan bukti.

Beliau juga berkata RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Tahun lepas, Najib didakwa terlibat dengan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah dalam 2 kes itu.

FMT

1 ulasan:

  1. PERANG SAUDARA DALAM PKR GELI GELEMAN BERMULA...!!

    TEMAN NAK TULIH PUN GELI GELEMAN GAH... MERECIK KUNYI HAWAH MASAM

    YANG SEDANG DISIASAT BELUM LAGI TENTU KAKI GAY, YANG DAH MASUK PENJARA TU PATUTNYA REHATLAH DALAM POLITIK...

    SEBABKAN KES NILAH SERUAN MAHADHIR UNTUK MELAYU BERSATU GAGAL'UMNO DAN PAS HILANG SELERA NAK MENYATUKAN MELAYU ISLAM... UMNO DAN PAS GELI GELEMAN NAK PEGANG PANJI KUNYIT HAWAW MASAM..

    JON DOE KD POMEN BAWAH TANAH BUDAK SUMAN ASAL DRI SINGAPORE .. DEME SUME TAK GELI GELEMAN KE NAK PEGANG PANJI KUNYIT MASAM NIH....!!!??

    BalasPadam

TANGGUH JAWI SEHINGGA PERBINCANGAN LANJUT KATA 30 NGO

Kita lihat betapa bersungguhnya puak ini dalam melancarkan anti terhadap Tulisan Jawi/Khat, malah puak-puak ini sangat over dalam meluahkan ...