Selasa, 2 Julai 2019

KERETA TERBANG - NANTIKAN PROTOTAIP YANG HEBAT PADA OKTOBER INI #viralhancing

KUALA LUMPUR 2 Julai - Kementerian Pembangunan Usahawan menjangkakan penghasilan prototaip mobiliti udara atau lebih popular dengan gelaran kereta terbang akan dapat dilancarkan seawal Oktober ini.


Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof pada masa sama menjelaskan projek pembangunan prototaip tersebut tidak melibatkan satu sen pun duit rakyat.
"Ia adalah inisiatif daripada beberapa syarikat persendirian. Kementerian juga kena menjalinkan hubungan dengan sektor swasta atau persendirian agar perkembangan industri ini selari dengan peringkat antarabangsa," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas-Pasir Puteh) yang bertanyakan perkembangan model prototaip kereta terbang.

Mohd. Redzuan pada masa sama menjelaskan, kementeriannya komited untuk menyediakan persekitaran yang baik bagi membolehkan industri mobiliti berkembang di Malaysia agar membolehkan negara tidak ketinggalan dalam teknologi terkini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AZMIN TIDAK LAYAK JADI PM KATA DAP #viralhancing

KUALA LUMPUR 20 Julai - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menyedari bahawa beliau tidak mempunyai peluang mengga...