Rabu, 31 Julai 2019

PM KE-8 BUKAN ANWAR ATAU AZMIN, MUNGKIN ORANG LAIN KATA MENTERI BERSATU #viralhancing

KUALA LUMPUR 31 Julai - Tanpa kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang masih terus bertelingkah, maka sewajarnya Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi ruang untuk terus mengekalkan jawatan Perdana Menteri sehingga beliau benar-benar yakin Pelan Kemakmuran Bersama dapat dilaksana dan dicapai.


Terpanggil membangkitkan isu itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menegaskan, ekoran kemelut kepemimpinan PKR membabitkan presiden dan timbalan presiden parti itu, ia membolehkan Dr. Mahathir mengenal pasti bakal penggantinya yang lain yang boleh melaksanakan agenda kemakmuran berkenaan.

“Untuk melaksanakan Pelan Kemakmuran ini bersama Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030, adalah penting untuk Anwar dan Azmin meredakan perselisihan mereka.

“Azmin kena fokus pada kerjanya selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk melancarkan pembangunan ekonomi negara.
“Buat Anwar pula, saya sarankan tidak perlulah (beliau) nak adakan satu gerakan untuk perkasakan sokongan kerana hakikatnya Tun (Dr. Mahathir) akan serahkan jawatan kepada beliau seperti yang dijanjikan.

“Walau bagaimanapun, dengan pertelingkahan berterusan antara kedua-duanya (Anwar dan Azmin) yang saya anggap perselisihan dalam keluarga namun jika masih tidak boleh selesai, maka sokongan penuh harus diberikan kepada Tun untuk terus menerajui kerajaan sehingga tamat penggal (lima tahun).

“Ataupun mengenal pasti pemimpin lain seperti Tan Sri Muhyiddin (Yassin) yang banyak pengalaman dalam mentadbir urus negara. Saya kena bercakap hal ini kerana ketidaktentuan politik ini (dalam PKR) juga menyebabkan pelabur tidak yakin kepada Malaysia dan mungkin bersikap `tunggu dan lihat’,” kata Menteri Pembangunan Usahawan itu kepada Utusan Malaysia hari ini.

Konflik antara Anwar dan Mohamed Azmin kian parah dan diibarat retak menanti belah ekoran kenyataan terbaharu Timbalan Presiden PKR itu yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri sehingga akhir penggal, sekali gus bercanggah dengan perjanjian tempoh dua tahun peralihan kuasa dari Dr. Mahathir kepada Anwar.
Pelan Kemakmuran Bersama merupakan dasar teras kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan menjadi agenda bumiputera berteraskan konsep kemakmuran secara saksama.

Agenda itu akan menumpukan kepada usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian ekonomi Melayu dan bumiputera.

Pelan tersebut akan dirangka dengan penglibatan semua pihak membabitkan badan ekonomi Melayu, dewan perniagaan semua kaum, pemain industri, ahli korporat, pakar ekonomi, badan profesional, badan bukan kerajaan dan parti komponen dalam PH.

DKN 2030 yang baru dilancarkan awal bulan ini pula bermatlamat untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah B40 dengan menanamkan budaya keusahawanan.

Dasar tersebut yang dipertanggungjawabkan di bawah kementerian Mohd. Redzuan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan satu juta pekerjaan. - UTUSAN ONLINE

10 ulasan:

  1. Nenek kipas lipas nasihat jgn ponteng mesorat Parti PKR nenek sepat kering mau Wak Jemin utamakan parti ...

    alahai bila sang kunyit patah ati..

    kikikiki..

    MAJUK SANG KUNYIT LAEN MACAM SKIT
    KANTOI SEMBURIT TRUS LARI MENCIPAN
    MAKLOM LA KUNYIT HAWAW MASAM MERCIK
    SAPA NAK NGAKU MERECIK TENGAH JALAN



    KIKIKIKIKI...


    miajalipahJR

    BalasPadam
  2. Di bawah pH yg kaya tambah kaya yg miskin papa kedana. JAB Capital syarikat milik penuh Kuok Brothers Sdn Bhd, memegang 31% kepentingan dalam FWD Takaful Berhad, KWSP memiliki kepentingan 20% manakala bakinya dimiliki oleh syarikat Pacific Century Group yang dimiliki oleh Richard Li, anak jutawan Hong Kong, Li Kha Shing. Untung menjadi jutawan seperti Robert Kuok. Dalam Malaysia Baharu, yang kaya semakin kaya, yang mikskin semakin merempat. Tidak sia-sia Robert Kuok dilantik sebagai Majlis Penasihat Negara.

    BalasPadam
  3. Fitnah Akhir Zaman Terhadap Sahabat Nabi dan Pemimpin Islam.

    Ikutilah pemimpin yang banyak panah panah fitnah menuju kepadanya.. maka ikutilah dia...!!

    Saidina Usman bin Affan adalah merupakan Khalifah ke 3 Islam yang telah dijatuhkan dengan tuduhan bahawa beliau mengamalkan korupsi, kronisme dan nepotisme.

    Di penghujung kuasa beliau, Saidina Usman berhadapan dengan pemberontakan. Rumah beliau dikepong dan beliau telah dinafikan haknya untuk solat jamaah di Masjid Nabi.

    Bekalan air dan makanan ke rumahnya juga telah diputuskan sehingga seisi rumahnya berlapar.

    Dan setelah segala macam kezaliman dilakukan terhadap beliau, akhirnya rumah beliau telah diceroboh oleh orang-orang munafik dan Saidina Usman dibunuh ketika sedang membaca Quran.

    Tidak cukup dengan itu, hak beliau sebagai Khalifah ke 3 dan ahlul bait (menantu Rasulullah) telah dinafikan dengan tidak dibenarkan beliau ditanam berhampiran dengan makam Nabi.

    Malah tidak juga dibenarkan untuk ditanam di Jannatul Baqi’ di mana ahli-ahli keluarga Rasulullah di tanam.

    Malah musuh-musuh Saidina Usman mahu beliau ditanam di perkuburan Yahudi sebagai usaha hendak menghinakannya.

    Akhirnya Saidina Usman telah ditanam di kebun kurma milik beliau sendiri yang begitu jauh dari Masjid Nabawi dan juga Jannatul Baqi’.

    Proses pembesaran Masjid Nabi dan perluasan Baqi sepanjang Zaman telah akhirnya memasukkan kubur dan tanah milik Saidina Usman itu ke dalam perkuburan Baqi seperti yang boleh dilihat pada hari ini.

    Bayangkan insan mulia, sahabat Rasulullah, ahlul bait dan suami kepada 2 puteri Rasulullah, antara sahabat yang telah dijamin oleh Allah dan Rasul syurga ketika masih hidup lagi dan begitu besar jasanya menginfakkan harta dan tenaga ke jalan dakwah fisabillillah, tetapi akhirnya dihina dan dinafikan penghormatan dan kemulian yang layak bagi beliau.

    Jika Saidina Usman pun dianiaya dan kena seteruk ini,

    Apatah lagi pemimpin biasa seperti DS Najib.

    BalasPadam
  4. Piagam Penyatuan Ummah bakal melenyapkan gerakan libralisasi agama COMANGO G25 dan Pluralisma Murtad. Marina Mahathir sokongan COMANGO anak Perdana Menteri Malaysia, Siti Kassim , Mujahid, Anwar Ibrahim dengan gerakan pluralisma agama dan lain lain bakal lenyap di bumi Malaysia. Piagam UMNO dan PAS bakal merencatkan usaha pluralisma murtad dan liberalisasi agama Islam oleh sesetengah ahli politik yang memperjuangkan kesamarataan transgender gay dan lgbt, maka sebab itulah ada sahaja usaha yang dilakukan untuk menggagalkan kerjasama kedua-dua parti Melayu Islam terbesar ini.

    Jelas beliau, sekiranya UMNO dan PAS berjaya memeterai piagam tersebut, maka pengundi-pengundi Melayu dan atas pagar yang menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) yang lalu, akan kembali mengundi Barisan Nasional (BN) dan PAS.

    “UMNO dan PAS adalah satu-satunya tempat untuk orang Melayu Islam bersandar. Jika kita lihat kepada parti Amanah, ia tidak mencerminkan Islam, PPBM pula tujuannya untuk apa? Tidak ada hala tuju yang jelas. UMNO adalah sebuah parti yang terkenal dengan Melayunya dan PAS terkenal dengan Islamnya… inilah satu rangkuman yang cukup baik untuk kukuhkan Melayu Islam, bersatu-padu bekerjasama demi anak cucu pada masa akan datang.

    #lawanpluralismurtadsyahid

    BalasPadam
  5. Ketua Pembangkang Haji Hadi Awang berpendapat dan bersepakat bahawa Tun harus kekal sepenggal jadi PM. Dalam "pertemuan sulit" yang diadakan semalam dengan Tun Mahathir NGO dan Parti Pembangkang yang lain mereka bersetuju.
    Beliau mahu memulihkan masalah ekonomi dulu sebelum menyerahkan kuasa kepada Anwar,” katanya. “Jika ini berlaku, Anwar boleh memanfaatkannya.

    “Jika negara masih bermasalah apabila beliau mengambil alih kuasa, maka Anwar akan menyalahkan dirinya (Tun Mahathir)" ulas Haji Hadi dalam pertemuan sulit itu. Maka Anwar Ibrahim boleh membuat janji baru kepada pengundi dan rakyat. Beban kegagalan mengurus ekonomi negara akan dipersalahkan pada Tun Mahathir kelak

    BalasPadam
  6. FAKTA MENARIK SEPANJANG PRRBICARAAN KES FITNAH JIJIK SRC & 1MDB

    Imam Bukhari berpesan sekira nya banyak panah panah fitnah menuju kepada sesorang pemimpin maka ikutilah jejak pemimpin itu .. semoga kamu bertakwa dan tersabar dengan ujian fitnah ini.

    Kes fitnah jijik SRC

    Perbicaraan setakat ini banyak berpihak kepada Najib kerana pihak pembela telah berjaya membuktikan bahawa bekas Pengurus Ambank Joanna Yu bersama Jho Low dan Nik Faisal telah menyembunyikan banyak transaksi akaun-akaun Najib dari pengetahuan beliau disamping menghalang kecurigaan BNM. Fakta ini cuba disembunyikan oleh pihak pendakwa tetapi berjaya dibongkar oleh pihak pembela. Fakta ini disembunyikan kerana tuduhan kerajaaan PH selama ini adalah bahawa Najib menggunakan Jho Low untuk mencuri wang berkenaan. Bila pihak pembelaan berjaya buktikan bahawa terdapat komplot menghalang Najib dari.mendapat maklumat-maklumat penting, kesalahan tidak dapat diletakkan ke atas bahu Najib tanpa keraguan yang munasabah.Malangnya kerajaan yang diasaskan oleh persepsi fitnah jijik gagal menangkap Jhi Low dan Nik Faisal.

    Di samping itu, jika terbukti pihak pendakwa tahu mengenai maklumat berkenaan tetapi sengaja menyembunyikan dari mahkamah, tindakan berat boleh diambil ke atas pihak pendakwa.

    KES FITNAH JIJIK 1MDB

    Kes fitnah ini pula belum bermula kerana diminta tangguh oleh pihak pendakwa sendiri. Bagaimana pun, beberapa fakta menarik mengenai 1MDB telah terdedah semasa perbicaraan SRC. Fakta utama ialah bahawa kerajaan Arab Saudi telah menghantar sekurang-sukarangnya dua surat mengesahkan sumbangan terhadap Najib. Keduanya, tular sebelum ini bahawa bayaran dari 1MDB kepada IPIC di Arab Saudi, telah diseleweng kepada satu akaun lain dengan nama yang sama tetapi bukan milik IPIC. IPIC telah menuntut bayaran tersebut tetapi 1MDB telah memenangi kes ini di mahkamah di London kerana 1MDB telah membuktikan mereka berbuat demikian atas arahan pengurusan tertinggi IPIC. Gambaran awal yang cuba dibuat oleh WSJ, SR dan pihak-pihak lain sebelum ini ialah bahawa Najib yang mengarahkan penyelewengan ini. Jika pihak pembela dapat buktikan bahawa Najib tidak tahu dan tidak memberikan sebarang arahan kepada isu tersebut, maka sekali lagi kesalahan tidak boleh diletakkan ke atas bahu Najib.

    Sesuatu yang menarik mengenai 1MDB, jika pihak pembelaan berjaya membuktikan bahawa wang yang seleweng itu sebenarnya adalah WANG IPIC YANG DIBAYAR OLEH 1MDB KEPADA IPIC MENGIKUT ARAHAN BERTULIS DARI PENGURUSAN TERTINGGI IPIC SENDIRI, maka yang hilang bukanlah wang 1MDB kerana ia hilang SELEPAS dibayar secara sah oleh 1MDB. Ini dikuatkan dengan penahanan dua eksekutif tertinggi IPIC yang telah dipenjarakan atas kesalahan tersebut. Bagaimana Najib boleh dituduh mencuri wang 1MDB jika sebenarnya 1MDB tidak hilang apa-apa wang? Kecuali jika pihak pemdakwa mempunyai bukti-bukti penglibatan langsung Najib dalam hal ini. sekiranya kes fitnah 1 MDB ini gugur maka kesemua krs yang lain termasuk kes fitnah jijik SRC pun terbatal.

    Rakyat sudah bole menilai dan memahami kes ini adalah fitnah jijik semata mata.

    BalasPadam
  7. Terkini, tulisan Jawi pula dibantah secara terbuka dan rasmi. Mereka buat-buat lupa bahawa tulisan Jawi adalah tulisan asal bahasa Melayu sebelum rumi dijadikan tulisan rasmi menerusi Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau mengulas tindakan kumpulan pendesak Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) yang akan menganjurkan himpunan membantah penambahan seni khat jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular yang dirancang dilaksanakan mulai tahun depan.

    Menurut portal mysinchew.com.my, himpunan itu akan diadakan di Ibu pejabat Dong Jiao Zong di Jalan Bukit, Kajang, dekat sini, Isnin ini.
    Himpunan itu akan dihadiri lebih 10 organisasi pendidikan Cina dan Tamil di negara ini,” katanya memetik laporan portal tersebut, semalam.

    #tepukkandahmendapat

    BalasPadam
  8. Pluralisma Murtad asas tunjang IKD yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim semasa jadi TPM. Dimana IKD sekarang adakah IKD sudah berkubur..!??

    tunggu siaran akan datang..

    Pengasas Muafakat, Ismail Mina Ahmad (tengah) mempengerusikan perbincangan bertajuk 'Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah' bersama pembentang kertas kerja, Dr. Syamsuddin Arif (kiri) dan Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady pada Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

    Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KETUM), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa "mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan."

    Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad (gambar) berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk "Religion and Pluralisme in a Divided World"di LLB London apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.

    Beliau berkata, seperkara lagi ialah kecenderungan Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia.

    ”IKD amat sinonim dengan Anwar dan institut ini amat rapat dengan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Hasil hubungan mereka juga tertubuhnya Pusat Graduan Timur (Eastern Graduate Centre) di bawah IKD.

    ”Pusat ini diterajui oleh seorang graduan lulusan Timur Tengah dan untuk pengetahuan semua melalui pusat tersebut telah diterbitkan beberapa buku yang didapati menyokong fahaman pluralisme,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal’ dalam wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

    Yusri yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata antara judul buku yang dikaitkan dengan fahaman itu dan dihasilkan oleh pusat berkenaan ialah Islam dan Pluralisme, Agama dan Kebebasan Berfikir, Hukum Barat Pun Islam dan Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam.

    ”Inilah yang berlaku hasil daripada hubungan antara IKD dan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Mereka juga dilihat begitu menyanjung Ulil Absar Abdullah.

    Di mana IKD sekarang sudah bubar..!?
    Tidak IKD tidak dibubar cuma di rebranding dan ditukar nama kepada Penang Institute di bawah srliaan Lim Guan Eng. Penang [email protected] IKD didana dan dibiayia oleh Parti DAP di Pulau Pinang. Sekelkmlok ulama jadian Penang Institut seperti Ustaz Wan Ji dan beberapa agamawan lain dalam Parti Amanah dan mufti mufti dibiayai oleh Penang Institute.

    Ingat Anwar mempertahankan ustsz Wan Ji dipenjara 12 bulan bulsn lepas..?

    Ingat mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8 Malaydia adalah petaka malang umat islam di Malaysia.

    Menyokong PM ke 7 kekal sepenggal adalah strategi terbaik Penyatuan Umah UMNO/Pas untuk menghapuskan Anwar Ibrahim waima Tun Mahathir sekaligus.

    BalasPadam
  9. Pado Otai Reformis... membuang karen dan mengabuskan boreh yoooh kau org nak bagi amaean dan kata dua pada Atok Fitnah Jijik tuuuhh..

    Berapa ramai yg ilang kerja,buang Universiti, buto mato, kono penjaro, kono sombo ngan air gatal maso liwat 1 dulu...!!

    Skg Otai setakat bagi kato duo ajo.?

    Rapiji kan dan ngobakan Atok kau tu bukan setakat campion buek fitnah sajo...

    Rapiji kato Atok kau tu

    "LIDAH BERCABANG"...

    Tak guno bagi kato duo kat orang tuo gilo tu


    Baik kau orang langgar trusss..!!



    kannn...!!!



    #popcorntambahdantepukkkk

    #popcorntambahtepukdanbatuapi

    BalasPadam

Akhirnya Maszlee jadi garang, sergah Ronnie Liu supaya jangan biadab dan kurang ajar

Akhirnya skrip yang sepatutnya terkeluar untuk merencahkan suasana drama hebat antara D4P dan Bersatu sudah nampak bayang-bayangnya. Selam...