Khamis, 11 Julai 2019

SYIAH BEBAS DIAMALKAN DI NEGARA INI KATA TUN M #viralhancing

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata mana-mana pihak bebas mengamalkan fahaman Islam lain, selagi menghormati fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di Malaysia.


Perdana menteri membuat kenyataan itu berikutan pembatalan satu seminar yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini untuk mempromosikan Mesej Amman selepas menerima ancaman bom daripada kumpulan anti-Syiah.

“Jika mereka mahu mengalu-alukan Buddha atau Syiah atau apa sahaja, itu adalah hak (peribadi) mereka.

“Selagi mereka (golongan minoriti) tidak cuba menyebarkan ajaran mereka dalam kalangan umat Islam Malaysia yang semuanya Ahli Sunnah Wal-Jamaah,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam dilaporkan bahawa seminar Mesej Amman anjuran Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) dibatalkan kerana penganjur menerima ancaman bom di Facebook.

Jurucakap IAIS berkata, keputusan itu dibuat oleh pihak pengurusan tinggi badan itu.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, tindakan mengancam keselamtan pihak penganjur “bukan cara yang betul”.



Semalam, polis mengesahkan terdapat unsur ancaman keselamatan diterima atas penganjuran seminat tersebut.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Asmawati Ahmad berkata seminar itu, yang dijadualkan pada 13 Julai sudah pun dibatalkan oleh penganjur.

Ancaman itu katanya dibuat oleh salah seorang pengguna pada 6 Julai melalui satu akaun Facebook Gerakan Banteras Syiah, yang menggesa untuk menghentikan penyebaran fahaman Syiah.

Mesej Amman yang ditandatangani di Amman, Jordan oleh Raja Abdullah II pada 2004 mengesahkan kesahihan 8 mazhab Islam, termasuk Sunnah dan Syiah, 2 mazhab terbesar di dunia Islam.

FMT

1 ulasan:

  1. Sebenarnya tak ada masalah pun tentang syiah ni. Golongan Ahli sunnah Wal jamaah (ASWJ) selama beratus tahun hidup damai di Asia Barat. Sebagai penganut mazhab syafie bermajoriti di M'sia perlu nerima fatwa Canselor Al Azhar Syiekh Muhammad Al Tayeb yg bermazhab syafie memfatwakan tiada masalah ttg syiah Dan merupakan mazhab ke 5 dlm Islamdan mengeluarkan wahabi dr ASWJ
    Cuma di M'sia penganut Islam terpedaya dgn fitnah ulama wahabi di sponsori oleh Petro dollar Saudi. Hinggakan tidak mengerti mana ulama ASWJ atau wahabi asalkan bergelar ustaz. Puak ini sebenarnya bermasalah yg berkait dgn terrorism.
    Ajaran ini sebenarnya patut di pantau mereka menyusup dlm ASWJ Dan merosakan ajaran sebenar mazhab syafie. Di Syria Dan Iraq, ISIS wahabi membunuh puak selain darinya samada Sunni,syiah, yazidi Dan Kristian.

    BalasPadam

Pakatan sangat yakin akan menang besar di Tanjung Piai, rakyat tetap memilih kami, bukan BN

Nampaknya PH sedang menggunakan gear terakhir untuk meyakinkan kepada semua jentera mereka yang lemau kerana kurangnya orang hadir ke cerama...