Selasa, 2 Julai 2019

TERESA KOK KESAL SANGAT DENGAN SEKOLAH ANTARABANGSA YANG MEMBURUKKAN PENANAMAN SAWIT #viralhancing

KUALA LUMPUR 2 Julai - Kerajaan kesal dengan tindakan sebuah sekolah antarabangsa di bandar raya ini yang cuba menyemai kebencian dalam kalangan kanak-kanak mengenai penanaman sawit negara.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, tindakan pihak sekolah itu bertentangan dengan usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah melakukan pelbagai penambahbaikan terhadap industri minyak sawit negara.

Gambar sumber The Star

“Saya terima satu klip video dalam media sosial yang memaparkan sebuah pertunjukkan melibatkan kanak-kanak sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur membantah penanaman sawit.

“Pertunjukan kanak-kanak itu turut mengaitkan dengan penebangan hutan tanpa kawalan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Jelas Teresa, guru besar dan guru-guru sekolah tersebut dipelawa supaya bertemu dengan pegawai-pegawai bertugas di Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) bagi memahami semua usaha penambahbaikan industri komoditi itu.

“Kita sudah membuat banyak protes terhadap apa dilakukan di luar negara dan Eropah, jadi saya tak fikir perkara seperti ini dilakukan di sekolah antarabangsa kita,” katanya yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Video berdurasi seminit 10 saat memaparkan sekumpulan kanak-kanak membuat persembahan yang menunjukan penanaman sawit kononnya telah menjejaskan habitat Orang Utan.

Tahun lalu, Kesatuan Eropah (EU) mengusulkan satu resolusi menghalang penggunaan bahan api bio yang berasaskan sawit kerana pembangunan tanaman itu dikatakan dilakukan secara tidak mampan dan mencemarkan alam sekitar. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KERANA FITNAH JAHAT, BEKAS PEGUAM NEGARA SAMAN LIM KIT SIANG RM10JUTA #viralhancing

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali. KUALA LUMPUR: Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 jut...