Selasa, 23 Julai 2019

USAH BERMIMPI NAK TAWAN NEGERI SEMBILAN KERANA PH TERLALU KUAT DISINI KATA MB KEPADA PAS #viralhancing

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyifatkan kenyataan PAS negeri yang meramalkan kerjasama parti itu dan Umno mampu memenangi 20 kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang sebagai ‘pak nujum’.

“Ahli politik biasa meramal dan menjadi ‘pak nujum’ sejak dari dahulu lagi… sama juga masa kita jadi pembangkang, kita meramal… jadi tiada masalah untuk sesiapa meramalkan.

“Kita dalam politik ramai ‘pak nujum’ untuk memberi data-data dan angka untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan, semalam.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS negeri Rafiei Mustapha pada Sabtu lepas yang dipetik sebagai berkata beliau percaya kerjasama parti itu dengan Umno mampu memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN, sekali gus membentuk kerajaan negeri dalam PRU15.

Rafiei berkata jangkaan tersebut adalah berdasarkan data dan jumlah pengundi kedua-dua parti di kawasan DUN berkenaan dalam PRU14 dan daripada 20 kerusi yang disasarkan, 1 daripadanya adalah DUN Sikamat yang kini disandang Aminuddin.

Gambar sumber FMT

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata adalah terlalu awal untuk membuat telahan sedemikian.

“Kita bekerja dan lawan dalam demokrasi tiada masalah… biar rakyat yang menentukan dan yang penting bagi kita dalam tempoh 3 tahun lebih sedikit ini untuk kita bekerja keras kepada rakyat dan selepas itu kita serah kepada rakyat menentukan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Aminuddin dalam ucapannya mengingatkan hadirin anugerah atau nilai ganjaran yang diperoleh bukanlah perkara yang perlu dipentingkan sebaliknya ilmu yang diperoleh yang seharusnya dimanfaatkan sebaiknya kepada masyarakat.

Sambil menzahirkan rasa bangga di atas pencapaian semua siswazah itu, beliau turut mengajak semua penerima anugerah itu untuk bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk membangunkan Negeri Sembilan.

Pada majlis tersebut seramai 155 siswazah kelahiran Negeri Sembilan yang mendapat ijazah kelas pertama dalam pengajian mereka tahun lepas, menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama daripada kerajaan negeri.

Setiap mereka masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sumbangan Yayasan Negeri Sembilan, yang disampaikan oleh Aminuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TANGGUH JAWI SEHINGGA PERBINCANGAN LANJUT KATA 30 NGO

Kita lihat betapa bersungguhnya puak ini dalam melancarkan anti terhadap Tulisan Jawi/Khat, malah puak-puak ini sangat over dalam meluahkan ...