KUALA LUMPUR 26 April - Tindakan Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat) untuk menyakinkan ibu bapa berhenti menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes terhadap pengajaran Jawi di sekolah jenis kebangsaan dianggap sebagai tahap bodoh sombong paling tinggi.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kumpulan tersebut sanggup menghalang anak mereka untuk mendapat pendidikan hanya kerana takut pengajaran tulisan Jawi yang hanya tiga muka surat daripada keseluruh pendidikan.
"Sanggup menghalang anak dari mendapat pendidikan hanya kerana takut tiga muka surat berkenaan Jawi yang tidak dimasukkan ke dalam peperiksaandan sudahpun pun menjadi pilihan.
"You cannot get more bodoh sombong than this (Anda tidak boleh menjadi lebih bodoh sombong daripada ini)," kata Syed Saddiq dalam satu hantaran di Facebook awal pagi tadi.
Sekat yang terdiri daripada 24 kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) semalam menggesa Kementerian Pendidikan menangguhkan pelajaran Jawi atau khat kepada murid sekolah vernakular sehingga mendapat jawapan yang jelas mengenai masalah itu.
Beberapa portal berita (bukan Utusan) melaporkan, Setiausaha Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat) Arun Dorasamy berkata, kumpulan itu sedang berusaha mengadakan dialog dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian baik mengenai perkara itu.
Arun berkata, sekiranya permintaan untuk mengadakan dialog tidak dipenuhi, kumpulan itu akan menyakinkan ibu bapa untuk berhenti menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes.
“Kami mahu dialog diadakan dengan kementerian dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Kami juga mahu idea memperkenalkan pelajaran Jawi ditangguh sehingga jalan penyelesaian jelas ditemui.
“Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami mahu ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kami akan adakan kempen untuk meyakinkan anak-anak untuk tidak pergi ke sekolah,” kata Arun dalam sidang akhbar yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
Kerajaan sebelum ini membuat keputusan untuk meneruskan pelajaran Jawi untuk murid Tahun 4 di sekolah vernakular tetapi dengan beberapa penyesuaian.
Keputusan dibuat selepas mendapat bantahan daripada kumpulan pendidkan vernakular.-UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
[Gempar] DAP pecat Adun Malim Nawar
DAP hari ini memecat salah seorang wakil rakyatnya di Perak. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Ch...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Tiada ulasan:
Catat Komen