Rabu, 28 Ogos 2019

DAIM PERLU GANTI LIM GUAN ENG SEBAGAI MENTERI KEWANGAN

KANGAR 27 Ogos - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi negara.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin segera mengambil alih jawatan Menteri Kewangan bagi menggantikan Guan Eng.

Beliau percaya, Daim mampu memulihkan kembali keadaan ekonomi di negara ini berdasarkan pengalaman luasnya di dalam bidang berkenaan.

"Menteri Kewangan sekarang tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik, pasaran saham jatuh, nilai ringgit jatuh, malah Guan Eng juga sering mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak menguntungkan pasaran saham.

"Beliau (Guan Eng) melihat musuh-musuh politiknya adalah musuhnya dan diulang banyak kali sehingga menakutkan para pelabur.

"Kami cadangkan agar Daim mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dan saya percaya beliau boleh lakukan yang terbaik untuk negara. Daim seorang yang kurang bercakap tetapi banyak buat kerja dan mampu kembali menggerakkan kembali ekonomi negara," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan kontraktor Kelas F di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan tersebut, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, para kontraktor bumiputera pada masa ini berhadapan dengan masalah apabila dilayan secara tidak adil

"Ini adalah sesuatu yang tidak bagus, semua ini berpunca daripada kelembapan ekonomi yang rata-rata melihat Menteri Kewangan tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik," katanya.- UTUSAN ONLINE

2 ulasan:

  1. PERINGATAN PADA BLOGGER PARIA FITNAH INI PASAL 'GAG ORDER"..

    Perkara signifikan selain Kes SRC adalah isu seorang blogger yang sangat serius untuk diambil tindakan ke atasnya kerana blogger ini telah secara mutlak menghina mahkamah...

    Persoalannya masih ingat kah macai macai bodoh PH dan blogger ini apa yang Tommy cakap pasal 'gag order'...

    Ia bukan penghinaan mahkamah yang biasa. Ia adalah penghinaan mahkamah yang teruk yang pernah disaksikan. Peguam Shafee Abdullaj akan memberikan maklumat ini kepada Peguam Negara dan saya mahu lihat sekiranya Peguam Negara ini berani atau tidak untuk bertindak dan mendakwa blogger ini kerana menghina mahkamah...!!???

    Kerana sebelum ini, perkara remeh temeh dan kecil dilakukan Najib dan Peguam Pembelaan pun Peguam Negara menganggapnya sebagai menghina mahkamah, kini saya mahu melihat apakah tindakan Peguam Negara dengan aduan Shafee Abdullah ini.

    Jika beliau tidak bertindak atas aduan ini, kami akan membuat aduan di dalam mahkamah ini bagi memastikan blogger ini tidak mengulangi kesalahannya dan mahh memastikan blogger ini dihukum dengan berat atas apa yang dia telah katakan.

    Beliau menghina DS Najib, membuat kesimpulan bahawa Najib bersalah, siap berkata budak tahun 1 fakulti undang-undang pun boleh tahu bahawa DSN bersalah, juga menuduh bahawa pasukan pembelaan sedang melakukan tugas yang tidak jujur. Semua ini telah dinyatakan. Anda tidak boleh ada penghinaan mahkamah yang lebih teruk daripada ini.

    Kita mahu menjadikan blogger ini sebagai contoh supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain bahawa sungguhpun tidak ada “gag order” anda tidak boleh bercakap sesuka hati anda.

    BalasPadam
  2. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    BalasPadam

Pakatan sangat yakin akan menang besar di Tanjung Piai, rakyat tetap memilih kami, bukan BN

Nampaknya PH sedang menggunakan gear terakhir untuk meyakinkan kepada semua jentera mereka yang lemau kerana kurangnya orang hadir ke cerama...