Rabu, 28 Ogos 2019

PROJEK KERETA TERBANG TETAP DITERUSKAN WALAUPUN DIKRITIK TERUK OLEH PBB

PETALING JAYA: Malaysia tetap dengan pendiriannya berhubung projek kereta terbang pertamanya sekalipun dikritik pelbagai pihak, termasuk pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Prof Phillip Alston baru-baru ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof.


“Kita terbuka kepada mana-mana pendapat untuk membangunkan projek itu… PBB mungkin punya pandangannya sendiri,” kata Redzuan pada sidang akhbar selepas melawat syarikat pembekal solution ICT berasaskan sekuriti, Datasonic Group Bhd semalam.

Beliau mengulas kenyataan Alston mengenai projek tersebut bahawa ia tidak praktikal dilaksanakan di Malaysia, dengan alasan negara ini sering terdedah kepada ribut dan kenderaan itu akan menggunakan terlalu banyak bahan bakar fosil.

Alston dilaporkan berkata projek kereta itu membazirkan sumber dan masa bagi Malaysia yang sepatutnya membuat persediaan bagi menghadapi kesan perubahan iklim yang kini mula terasa.

“Projek ini adalah inisiatif swasta. Jika anda lihat pada seluruh eko sistem industri itu sendiri, saiznya adalah kira-kira AS$500 bilion seantero dunia, ini industri besar yang kita harus terlibat dan sokong,” tegas beliau.

Prototaip kereta terbang itu sedang didirikan oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun, dan kerja membina kereta itu kini 85% siap.

Sumber FMT

1 ulasan:

  1. Blogger ini perlu diajar kes putar belit SRC yamg sedang berjalan sekarang - Shafee Abdullah

    Blogger sapakah itu... ofkos Bloger Che Det

    Peguambela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan menghantar aduan kepada Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung tindakan sebuah blog yang didakwanya telah menyebarkan fitnah termasuk berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC International).
    “Saya mahu lihat blog dan blogger ini dijatuhi hukuman paling tegas. Banyak fitnah dan cerita tidak betul telah ditaburkan oleh blogger ini untuk dijadikan tatapan pembaca, sesuatu yang tidak betul dengan gambaran buruk sekali.
    “Adalah sesuatu yang tidak patut, sebelum selesai kes ini, sebelum dijatuhi hukuman atau keputusan, blogger itu sudah menjatuhkan hukumannya sendiri di mata rakyat. Apa punya blog apabila menulis pelajar-pelajar jurusan undang-undang tahun pertama sendiri akan tahu Najib bersalah daripada awal lagi,” katanya.
    “Pada saya, hukuman itu pasti, saya akan pastikan dia dipenjara walau apa pun sebagai pengajaran kepada yang lain supaya jangan sekali melampau batas,” katanya

    BalasPadam

Pakatan sangat yakin akan menang besar di Tanjung Piai, rakyat tetap memilih kami, bukan BN

Nampaknya PH sedang menggunakan gear terakhir untuk meyakinkan kepada semua jentera mereka yang lemau kerana kurangnya orang hadir ke cerama...