Khamis, 15 Ogos 2019

TOLONG HENTI DESAK TUN M LETAK JAWATAN KATA SAIFUDDIN

LUMPUR 15 Ogos - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mendesak Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan ditegur agar lebih menumpukan isu berkaitan rakyat.

Setiasusaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah menghubungi Hassan sebaik desakan tersebut dibuat semalam dan mahu menghentikan tindakan berkenaan.


“Saya telah menghubungi beliau (Hasan) dan minta fokus kepada isu rakyat.

“Tinggalkan ia kepada barisan kepemimpinan PKR,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hassan semalam mencadangkan Dr. Mahathir supaya meletak jawatan selepas apa yang didakwanya Perdana Menteri itu seperti hilang punca dan hilang daya dalam menyelesaikan beberapa isu kritikal negara.

Menurut Hassan, beliau adalah antara ahli Parlimen yang turut menandatangani surat sokongan kepada Dr. Mahathir untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya umum lalu dan menegaskan sumbangan negarawan berusia 94 tahun itu akan tetap dikenang dan dihormati.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TANAH INI NAMANYA TANAH MELAYU, KEPUNYAAN ORANG MELAYU KATA NGO UMMAH

KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan menolak dakwaan Malaysia milik orang India kerana pelbagai fakta sejarah membuktikan ia adalah Tan...