Isnin, 5 Ogos 2019

TULISAN KHAT/JAWI : KERANA KERESAHAN ORANG CINA, WAN AZIZAH AKAN BERBINCANG DENGAN TUN M #viralhancing

PUTRAJAYA 5 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan berbincang dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai keresahan masyarakat Tionghua menghubung pelaksanaan tulisan khat dan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan.


Menurut Wan Azizah, walaupun Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu, beliau ambil maklum keresahan masyarakat Tionghua berkenaan perkara terbabit.


"Memang saya ambil maklum dan saya akan bincang dengan Perdana Menteri. Walaupun Perdana Menteri telah keluarkan kenyataan, kita akan bincang lebih mendalam. Kita memang ambil maklum keresahan orang Tionghua dalam isu ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan pertandingan video kreatif 'Hentikan! Stop it!' dan soal selidik mengenai gangguan seksual anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita di kementerian itu di sini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas keresahan masyarakat Tionghua berhubung keputusan kerajaan yang tetap akan melaksanakan pengenalan tulisan khat dan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan.

Pendirian kerajaan itu ditegaskan oleh Perdana Menteri di sebalik bantahan pihak tertentu berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberitahu, kementeriannya bersedia mempertimbangkan keperluan memperkenalkan kaligrafi lain selain seni dan tulisan khat dalam kurikulum sekolah di negara ini.

Menurut Maszlee, perkara itu boleh dibincangkan secara terperinci memangdangkan negara terdiri daripada pelbagai kaum yang memiliki identiti kesenian masing-masing. - UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

  1. selalu bang non kedepan... apadal bang non jadi setan bisu..

    ni perangai pembohong penipu peliwat bakal pm ke 8..??

    BalasPadam

Akhirnya Maszlee jadi garang, sergah Ronnie Liu supaya jangan biadab dan kurang ajar

Akhirnya skrip yang sepatutnya terkeluar untuk merencahkan suasana drama hebat antara D4P dan Bersatu sudah nampak bayang-bayangnya. Selam...