Sabtu, 31 Ogos 2019

Usah promosi pendakwah yang rasis, meniupkan api kebencian kata Waytha

KUALA LUMPUR: Media harus henti daripada memberi sebarang publisiti dan tidak memberi perhatian kepada pendakwah yang meniupkan api kebencian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy.





Beliau berkata ada baiknya jika semua media mencapai kesepakatan untuk tidak menerbitkan atau menyiarkan suara yang membangkitkan sentimen kebencian dan keagamaan dalam komuniti.

“Negara akan lebih aman jika kita mengabaikan suara pendakwah yang meniupkan api kebencian kerana mereka boleh disenyapkan secara efektif jika diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi tertutup “Dialog Harmoni: Pentingnya Persefahaman Antara Agama kepada Perpaduan Nasional” di Universiti Malaya.

Waytha Moorthy berkata cadangan untuk menyenyapkan sentimen yang disuarakan di negara ini disyorkan seorang ahli akademik yang menyertai dialog tertutup itu, yang dihadiri ahli akademik, ahli masyarakat sivil dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) .


“Ini adalah salah satu cadangan terbaik untuk memupuk keharmonian. Menurut ahli akademik, hanya minoriti kecil yang cuba membangkitkan sentimen ini dan di sini kita mempunyai media yang mempromosikan orang-orang ini.

“Kami mengadakan sesi dialog yang sangat berhasil dan kami juga bersetuju bahawa kami perlu mendidik anak-anak kita untuk lebih memahami agama lain,” katanya.

Waytha Moorthy berkata cadangan lain adalah mengenai memperkasakan pendidikan agama di sekolah dan lebih banyak usaha perlu dilakukan di peringkat universiti dan sekolah menengah supaya golongan belia memahami budaya, agama dan cara hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

FMT

3 ulasan:

  1. #HPU914 MISI TAWAN PERAK DIGERAK DAN MISI KEMPEN BUY MUSLIM PRODUK ONLINE

    Pas sedia bersama UMNO, ambil alih Kerajaan Negeri Perak selepas #HPU914

    Pas tidak menolak kemungkinan isu rampasan kuasa kerajaan Perak tahun 2008 boleh berulang sekiranya pemuafakatan antara parti Islam itu dengan UMNO dapat diuruskan dengan baik.

    Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, meskipun pada masa ini Pas hanya mempunyai tiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, peralihan kuasa itu boleh dilakukan dengan kerjasama UMNO.

    “Sebagai Setiausaha Agung Pas, saya ingin menegaskan, walaupun Pas hanya ada tiga kerusi di dalam DUN Perak, kalau disusun dengan sebaiknya, Insya-Allah kami akan bersama dengan UMNO untuk mengambil alih kerajaan Perak daripada Pakatan Harapan (PH).

    “Ini adalah komitmen penuh kami kerana kita tidak ada apa-apa pilihan lagi melainkan kita perlu membuat satu perubahan yang mendadak, yang tak perlu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lagi,” katanya berucap pada Himpunan Melayu Bangkit & Penyatuan Ummah 2.0 di Dataran Dewan Besar Pekan Rabu, Sungai Manik, di sini, malam ini.

    AJOMM KITA PUTIHKAN KUALA LUMPUR YA
    #HPU914 PUTIHKAN KL TANJAK X DILUPA
    PERAK ACID TEST TANPA PRU15 DI MULA
    #BUYONLINEPRODUKMUSLIM KITA CIPTA

    Sementara itu, Takiyuddin juga menegaskan, parti Islam itu akan menggerakkan semua ahlinya ‘memutihkan’ bandaraya Kuala Lumpur walaupun terpaksa ‘merangkak’ bagi menghadiri peristiwa bersejarah percantuman di antara Pas dengan UMNO.

    #HPU914 KENA RANGKA STRATEGI BUAT KONSEP SEPERTI 'LAZADA' BELI PRODUK ISLAM ONLINE DELEVERY ONLINE JUGA.

    SETIAP BANDAR DAERAH PEKAN MUKIM SEDIAKAN WHOLESALE PRODUK ISLAM SAMADA FOOD, F&B, BARANG DAPUR, MAKANAN RINGAN, SANITARI, PAKAIAN, SOS, TEPUNG, MINYAK MASAK, PRODUK IKS MRNTAH ATAU PROSES DALAM SATU WHOLE SALE CENTRE

    GUNAKAN KONSEP 'LAZADA' DAN 'TRIVAGO' PERLU DIGERAKKAN PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA


    #buyproductmuslimonline

    BalasPadam
  2. Apa sahaja yang mentri kapir cakap, akan memarakkan api kemarahan Melayu Islam. Samada dia cakap yg elok atau diam saja itu lebih baik. Go to hell and get lost mentri ph kapir tak guna. Lafmgi banyak dia buka mulut bau longkang lagi kuat penyatuan ummah.

    BalasPadam
  3. Tak payah sibuk nak uruskan agama kami.ikut suka hati kami nak promosi ceramah siapa dalam agama kami islam. Kamu dengan agama kamu dan kami dengan agama kami. Agama kami tidak pernah mendidik untuk kami rasis terhadap kafir zimmi dan kami akan rasis terhadap kafir harbi

    BalasPadam

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...