MELAKA: Bandaraya bersejarah, Melaka yang beberapa kali dicerobohi penjajah sejak ratusan tahun dulu kini dikejutkan dengan pencerobohan terbaru dari Indonesia.
Walau bagaimanapun, pencerobohan kali ini bukanlah dilakukan oleh manusia, sebaliknya oleh babi hutan yang berenang merentasi selat Melaka dari negara jiran itu.
YB NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE, EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani berkata babi hutan merupakan perenang yang cekap, tetapi kerajaan negeri tidak menyangka mereka berupaya merentasi selat Melaka yang sempit dari Sumatera demi mencari habitat baru, lapor The Star.
“Pencerobohan dari laut oleh babi-babi hutan ini menyebabkan keresahan kerana populasi haiwan tersebut meningkat di Melaka.”
“Pulau Besar yang mistikal menyaksikan kemusnahan meluas kesan dari perpindahan puluhan babi-babi hutan ini termasuk anak-anak babi”
Tambah NORHIZAM lagi, nelayan melaporkan melihat muncung haiwan tersebut sepanjang garisan pantai Melaka hampir setiap malam.
“Sekarang, Melaka didiami babi hutan dari Indonesia.” , katanya.
Tambah beliau lagi, jumlah babi hutan mungkin akan melebihi populasi manusia di Pulau Besar sekiranya situasi ini tidak dikawal.
“Pulau besar nampaknya menjadi pusat pendaratan untuk babi-babi hutan ini sebelum merentas kawasan berhampiran Ujong Pasir di Semenanjung dan kawasan pantai lain” kata NORHIZAM.
Penembak tepat ditempatkan bagi mengawal populasi babi hutan tersebut, NORHIZAM berkata kerajaan negeri mendapat bantuan dari PERHILITAN.
“PERHILITAN sedang menyediakan tiga orang penembak tepat dalam misi menyelamatkan Pulau Besar dari pencerobohan babi hutan. ”
Pulau Besar merupakan pusat tarikan pelancong dan beberapa perigi purba, dan kubur lama terdapat di situ. – Buletin TTKM-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pemimpin Umno ada kes mahkamah jangan ugut keluar PN - Bersatu Kepong
Pemimpin Umno yang sedang melalui perbicaraan di mahkamah dinasihatkan supaya jangan melakukan ugutan politik mahu keluar daripada kerajaan ...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Tiada ulasan:
Catat Komen