Ahad, 8 September 2019

[Bakal PM] Kemiskinan sekarang sebenarnya lebih teruk dari yang dijangkakan (angka rasmi)?

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Gagal mengenal pasti masalah dengan betul dalam pembikinan dasar merupakan ‘bencana dan kegagalan terbesar’ kepada kerajaan.

Hal berkenaan ditegaskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulas kenyataan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philip Alston mengenai hakikat kemiskinan di Malaysia.

Gambar sumber South China Morning Post

Menurut beliau, para pegawai kerajaan tidak dapat menerima kenyataan Alston apabila pelbagai kenyataan penafian dibuat tetapi tidak berdasarkan kepada keadaan sebenar.

“Paras kemiskinan bandar mesti diakui dan paras kemiskinan sekarang dengan pendapatan sekitar RM980 sebulan untuk menyara keluarga yang mempunyai empat anggota mesti disemak semula untuk memasukkan orang dengan pendapatan isi rumah sehingga RM2,500.

“Saya menggesa kerajaan, terutama Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengakui pekara itu,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today.

Tambah beliau, di kawasan Parlimennya sendiri iaitu Port Dickson mempunyai penduduk yang tahap kemiskinannya lebih tinggi daripada angka rasmi.

“Apa yang Alston lakukan tidak bukan sesuatu yang mengejutkan saya, tetapi mengejutkan orang terpisah daripada keadaan sebenar.

“Kita perlu bergerak kepada suatu agenda ekonomi baharu berdasarkan keperluan untuk pertumbuhan negara,” tegasnya.

Menurut Anwar lagi, golongan miskin tanpa mengira kaum mesti dibantu kerajaan dan sektor swasta termasuk kumpulan-kumpulan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perniagaan. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...