Isnin, 9 September 2019

Gerakan Boikot Produk Bukan Islam Mampu Gugat Keharmonian Kaum kata Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendakwa kempen boikot barangan bukan Islam boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.


Dalam satu ciapan di Twitter, Lip Eng berkata, kempen yang diterajui oleh badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kempen boikot yang dicetuskan NGO pro-pembangkang bukan sahaja menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama negara ini, malah turut memberi kesan terhadap ekonomi tempatan,” katanya di Twitter.

Lip Eng sebelum ini terpalit dengan kontroversi menyamakan cadangan pembelajaran seni khat jawi seperti menyapu najis lembu ke muka sendiri di laman Twitternya.

Setelah dikecam hebat oleh netizen, beliau bagaimanapun memohon maaf.

Media sosial sebelum ini heboh dengan kempen memboikot barangan bukan Islam dan menggesa orang Islam dan Bumiputera memboikot produk yang dihasilkan oleh bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkata, tindakan kempen memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam sebagai tidak wajar dan berpendirian sempit berasaskan sentimen perkauman.

Untuk rekod, Lim Lip Eng juga pada Ogos lepas telah telah mengongsikan satu artikel dari Malaysiakini yang menyamakan usaha memperkasa tulisan jawi seperti menyapu tahi lembu ke muka sendiri.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, minggu lalu. -MalaysiaGazette

2 ulasan:

  1. FORMULA TURUN HARGA SUDAH JUMPA..!

    Pakar ekonomi tak jumpa formula cara nak turunkan harga barang di Malaysia. Rupanya Buy Muslim Products 1st itulah formulanya
    Ramai terkejut minyak masak rm24 boleh turun sampai rm14.... Penangan kempen BMF. Bukan setakat minyak banyak barang tiba tiba secara magic turun harga.

    Mereka bermati matian membantah penggunaan subjek jawi di sekolah mereka.

    Mereka membuat bantahan, pasang banner besar2 dan buat demontrasi.

    Mereka terbalikkan bendera Malaysia sebagai mesej.

    ATOK KATA TOLONG JANGAN BOIKOT
    APA KATA TOKONG ATOK IKUT AJER
    TELO KENA CLAMPING TOKONG KOTT..!
    ACAH2 ATOK BERKUASA PIBG LAGI POWER

    kikikikikiki...!!

    Mereka mengunakan tulisan jawi di hampir 90% produk keluaran mereka untuk menarik 61% market rakyat Msia beragama islam.

    Mereka inilah yg mengawal harga pasaran barangan mentah, terbukti skrg apabila harga2 minyak masak boleh di turunkan 14-15 ringgit sebotol sewenang2nya tanpa kelulusan kpdnkk

    Hapuskan Monopoli !

    Dan akibat terasa tertipu dan dan puas bersabar.. Maka beberapa gerakan pengguna muslim, ngo dan pengguna muslim yg mempunyai ke ahlian lebih sejuta org di malaysia telah melancarkan kempen ' promosi beli barangan keluaran bumiputera' @ buy muslim first (BMF)

    Tapi mereka kata kita boikot barangan mereka... Kita x penah boikot, tapi kita cuma utamakan barangan buatan muslim

    Terima kasih kepada mereka kerana wujudnya gerakan ini dan insyallah ini adalah pejuangan kita... Jihad ekonomi, bersama mebangunkan ekonomi ummah

    #BUYMUSLIMPRODUCT

    BalasPadam
  2. Org Islam kursus kena boikot barangan bukan Islam sampai bila2 ..biar mereka tahu dam a pic..Ni telah banya menipu Kita org2 Islam..biar mereka sedar..Dan org2 Islam jgn lupa jaga Amal..ya itu solat berjemaah dimasjid...apabila masjid setiap waktu dipenohi dgn solat berjemaah..percayalah..suata Masa nanti ekonomi akan dikuasai olih org2 Islam..Allah akan Bantu Kita..inshaallah...ini lah senjata YG paling ampoh untok memerangi org2 kafir..dgn solat berjemaah dimasjid..seperti Mana di zaman nabi Dan sahabat..sahabat sahabat tiada senjata YG hebat tapi dpt mengalahkan Rome Dan parsi...ayuh kaum muslimin hidapkan Amal dimasjid. Pasti Allah akan Bantu Kita...Tak perlu takut pada kafir Ni..Dan jgn jadi kan kafir sebagai pemimpin Kita...

    BalasPadam

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...