KUALA LUMPUR – Hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata, tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.
“InsyaAllah dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia.
“Diharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi,” katanya dalam kenyataan semalam.
Terdahulu, Mujahid melancarkan program Semarak Tulisan Jawi bagi peringkat agensi-agensi di bawah kementeriannya dengan menyampaikan tag nama dalam tulisan itu kepada setiap ketua agensi, yang program berkenaan akan dilaksanakan oleh seluruh kakitangan agensi agama dengan memakai tag nama setiap hari Jumaat.
“Saya tidak pernah menganggap tulisan jawi sebagai satu proses Islamisasi sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu walaupun ia hampir dengan pentadbiran Islam dari segi apabila tulisan jawi hampir pupus di peringkat penggunaan rasmi, hanya pentadbiran-pentadbiran Islam yang mengekalkan ia bagi tujuan untuk kita terus memastikan sejarah budaya tulisan jawi dikekalkan,” katanya. – MalaysiaGazette
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Melayu tak daftar undi sebab lihat ahli politik seolah dirasuk syaitan kata Khalid Samad
PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad menyangkal kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ramai orang Melayu berag...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Bila Melayu Mudah Lupa mengatakan Melayu Tak Pernah Berubah Pula - Sabotaj dan Spinn #HPU914 sedang dimainkan.
BalasPadamTun Melayu Mudah Lupa, apabila Tun dan Anwar melaksanakan Dasar Penswastaan, ada ramai Melayu mendapat keistimewaan dari dasar ini, mereka terus menjadi kaya raya dengan gaji yang besar, tidak perlu berusaha...kaya raya kroni anakcucu ratus berbillion. Bila rugi duit rakyat diguna KWSP, Amanah Pencen. TH, LTAT dll untuk Bailout syarikat anak cucu oleh Mudah Melayu Lupa .. oohh mungkin dah renta nyanyuk sebab itu cepat lupa.
Serupa juga mereka diletakkan di zon selesa apabila Tun dan Anwar memberi Bumiputera Pink Form, satu polisi yang memberikan kekayaan “overnight“, adakah polisi-polisi ini mewujudkan bangsa yang berusaha?
LAGI PENGHINAAN MELAYU TAK PERNAH BERUBAH
TUDUHAN DARI MULUT BERBAU LONGKANG USANG
DULU MELAYU MUDAH LUPA DIJAJA RENTA HARAMJADAH
SABOTAJ #HPU914 MINGGU DEPAN MULA DIDENDANG
Sebelum Tun menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, polisi kerajaan membolehkan orang Melayu membuka ladang, bercucuk tanam dan nelayan, orang Melayu berusaha untuk meningkatkan diri bukan dengan cara senang, mereka terus membanting tulang empat kerat untuk hidup dan membesarkan anak-anak.
Tun, semasa zaman itu, Tun telah gagal mewujudkan polisi agar orang Melayu menjadi peniaga, gagal mengekang bangsa Cina dari menipu kerajaan dalam tender-tender dan pelbagai dasar yang telah memberikan keuntungan kepada kaum Cina.
Sehingga hari ini Tun gagal dalam membuat polisi membina untuk mewujudkan perniagaan yang boleh di rebut oleh orang Melayu!!
MACAI TERKESIMA MELAYU TAK PERNAH BERUBAH DIDENDANG
KALIMAT KUNO DAN USANG DI RECYCLE NYA SEMULA
#HPU914 SI RENTA MULA SABOTAJ CUBA DI SAILANG
PEDULIKAN SAJA HINAAN & CERCAAN MELAYU MUDAH LUPA
Tun, apabila Tun melancarkan Satelit Razaksat, siapa yang mendapat nikmat?
Ananda Krisnan mendapat Maxis, mana ada orang Melayu mendapat keistimewaan begitu baik, mereka dimomokkan dengan Celcom yang mana ia adalah GLC.
#BUYMUSLIMFIRST
#HPU914ISLAMBERSATU