Rabu, 4 September 2019

Kempen dahulukan produk orang Islam itu tidak bijak dan merosakkan kata Persatuan Pengguna

GEORGE TOWN: Sebuah persatuan hak pengguna menyifatkan kempen mendahulukan barangan buatan orang Islam sebagai “tidak bijak” dan akan gagal.


Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata kempen itu akan menjejaskan negara dalam tempoh pergolakan ketika perang perdagangan Amerika Syarikat-China semakin melarat.

Mohideen meragui kempen itu boleh meningkatkan ekonomi orang Islam seperti yang dibayangkan penyokong kempen itu. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan lebih banyak penderitaan.

Kempen “Beli Produk Muslim Dulu” bermula di media sosial, di mana masyarakat Islam digesa mengutamakan barangan daripada perniagaan milik orang Islam.

“Kita berdepan masa depan yang mencabar, dunia bergelora kerana perang perdagangan. Kenapa kita bercakap tentang itu? Kita sepatutnya bercakap tentang cara-cara menambahbaik ekonomi kita, bukan menyebabkan perpecahan.

“Ramai orang menderita, tak mampu bayar pinjaman dan golongan B40 mengalami masalah kewangan. Seruan itu tidak wajar dan tidak realistik. Kamu mesti ingat kita semua, orang Islam dan bukan Islam, saling berkaitan,” katanya ketika dihubungi.

Mohideen berkata kempen itu hanya akan “memburukkan lagi salam faham antara masyarakat” kerana orang Islam dan bukan Islam bebas berdagang semasa mereka sejak berzaman.

“Ahli politik tak patut mengambil kesempatan dengan kempen ini, hanya untuk meraih sokongan daripada satu komuniti. Kita patut ketepikan perbezaan politik dan bekerjasama meletakkan negara pada kedudukan yang lebih kuat dan bersatu,” katanya.

PAS dan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kempen itu dan menyokong produk-produk buatan orang Islam, mengatakan ia bertujuan menguatkan kuasa ekonomi orang Islam dan membantu mereka bersaing.

Kempen itu dibidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...