Isnin, 2 September 2019

NGO desak kerajaan kenakan hukuman keras kepada yang boikot barangan orang bukan Islam

SEBUAH persatuan pengguna mendesak kerajaan mengambil tindakan segera dengan menggunakan undang-undang yang ada terhadap pihak yang melancarkan kempen boikot barangan bukan Islam.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr Jacob George menegaskan, tindakan segera perlu diambil bagi meredakan keadaan masyarakat yang sebelum ini ternyata harmoni selama 62 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan.


“Tindakan yang diambil golongan tertentu ini adalah suara minoriti, sedangkan suara majoriti masih rasional.

“Ia mempunyai agenda politik yang bertujuan memecah belahkan masyarakat dalam negara kita,” katanya dipetik portal FMT hari ini.

Sebelum itu, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata, tindakan memboikot produk bukan muslim berpunca dari tindak-tanduk pihak tertentu mengguris perasaan umat Islam kebelakangan ini.

Dr Mohd Asri bagaimanapun menggesa orang bukan Islam tidak menganggap kempen mengutamakan produk Islam itu sebagai satu permusuhan dengan memberi contoh banyak syarikat yang mengiklankan produk mereka di semua media dan papan tanda.

“Itu bukan bererti satu peperangan kepada syarikat lain. Ia satu usaha untuk melariskan produk demi pengukuhan ekonomi mereka,” kata Mohd Asri yang menggesa umat Islam menggunakan kempen memperkasa ekonomi umat Islam, daripada kempen memboikot.

Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyeru PAS dan Umno supaya membantu menghentikan gerakan memboikot produk bukan Islam kerana tindakan itu tidak menguntungkan dan boleh menggugat perpaduan negara.

Setiausaha agung DAP itu berkata, jika Umno dan PAS tidak memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu, kedua-dua parti itu patut membantah boikot berkenaan.

Dalam pada itu, Jacob, yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam gerakan kepenggunaan berkata, kempen boikot itu hanya berjalan di semenanjung dan tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.

“Ini bukan ‘penyakit’ Malaysia. Ini hanya di semenanjung, bukan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau menyarankan semua pihak supaya mengambil maklum nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa semangat toleransi dan kerjasama rakyat berbilang kaum adalah asas kukuh bagi perpaduan negara.


3 ulasan:

  1. Simpan dan sebarkan...

    Aplikasi PRODUK MUSLIM bertujuan memudahkan pencarian produk keluaran Muslim di Malaysia.

    Cara membuat carian:
    1. Cari jenama. Contohnya: "FAIZA", "RAMLY".
    2. Cari produk. Contohnya: "BERAS", "DAGING KISAR".

    MUAT TURUN PRODUK MUSLIM SECARA PERCUMA DI GOOGLE PLAYSTORE.

    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.muslimproduct.support.muslimbengkel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas usaha anda.semoga diberkati Allah swt

      Padam
  2. ..harap masyarakat muslim Sabah dan Swak juga menyertai kempen utamakan brgan muslim ini...kita dah lama berlembut dan minoriti sejak PRU 14 merasakan telah berkuasa dan memegang telur pemimpin2 melayu kjaan telah memijak kepala org2 melayu sehingga melepasi tahap kesabaran masyarakat muslim dan bumiputera kini...

    BalasPadam

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...