Selasa, 10 September 2019

[Penyatuan Ummah] PAS juga jatuh kafir bila bekerjasama dengan UMNO kata Tun M

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bahawa UMNO kafir sebelum kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama atau memeterai piagam, Sabtu ini.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, jika Pas tidak menarik balik 'gelaran' itu maka parti tersebut juga disifatkan kafir kerana menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang pernah dikatakan kafir dahulu.


Dalam masa sama, Dr. Mahathir juga melihat kerjasama di antara kedua-dua parti yang pernah bermusuh sejak sekian lama itu tidak memberikan sebarang makna.

"Tak jadi apa (kerjasama UMNO-Pas). UMNO ini kafir, Pas kata dahulu. Apabila Pas bekerjasama dengan UMNO yang dikatakan kafir, maka Pas pun akan jadi kafir.

"Sebabnya, Pas tidak pernah menarik balik kenyataan itu... Masih ada, amanat Hadi kata UMNO kafir masih belum ditarik balik sehingga hari ini.

"Kalau Pas tidak mahu jadi kafir, buatlah satu kenyataan kata kami minta maaf kerana pernah mengatakan UMNO kafir. Tarik balik secara rasmi, barulah ada piagam," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai Piagam Muafakat Nasional antara Pas dan UMNO yang bakal dimeterai pada 14 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama dua hari dengan kemuncaknya pada 14 September itu bakal menyaksikan kedua-dua parti akan menandatangani piagam kerjasama UMNO dan Pas oleh kedua-dua Presiden parti berkenaan yang dilihat bakal mengukuhkan blok pembangkang dengan hasrat menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam.- UTUSAN ONLINE

3 ulasan:

  1. -..BILA SAMPAH LUSUH BERBICARA..-

    Piagam yang akan termenterai ini bukan diangkat oleh mana-mana parti, ianya adalah lonjakan permintaan dari orang Melayu yang menyedari bahawasanya Islam sedang tergugat di tangan Pakatan Harapan.

    Ramai pemimpin di kalangan PAS dan UMNO cuba untuk bersatu sebelum ini, namun sering kali digagalkan oleh manusia sampah seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Mujahid, Mahpos dan Khalid Samad.

    Anugerah yang paling cantik untuk PAS adalah apabila AMANAH diwujudkan, "pemimpin kaki lima yang menjual agama" sudah keluar dari PAS, serupa juga yang terjadi dalam UMNO, "pemimpin sampah" semua sudah lari ke PPBM.

    BERAMBOS SUDAH SAMPAH SARAPNYA
    SAMPAH PAS DALAM BAKUL AMANAH
    SAMPAH UMNO DALAM BAKUL BUNGA
    SAMPAH PLURALIS LGBT COMANGO HARAMJADAH

    Pada "pemimpin sampah dan penjual agama" seperti sang si fitnah jijik, batu api, adu domba dan puak - puak bodoh dalam PH ni....

    Dolu dolu semasa sahabat nabi belum terima hidayah Islam spt Sydina Omar, Hamzah, Abu Bakar dll masa belum isle ada yg pemabuk, sembah berhala, tanam bayi perempuan hidup hidup ... bila masuk Islam dia orang berubah dan mereka menyesal perbuatan mereka yg lalu sambil menangis menepuk dada, guling guling ( bukan guling di jalan raya yer..) tapi nabi tak pernah ungkit perkara lama tsb... yg dah berlalu taubat lah banyak banyak dan nabi siap pesan pada sahabat broo look forward.!! come on broo look forward...!!

    Pada puak bodoh si fitnah PH akal suntuk asyik bernostalgia haram jadah Amanat Hadi, kafir mengkafir dll.Ingati lah kisah sahabat nabi sebelum terima hidayah seperti diatas tadi. Kualiti otak pemimpin sampah ini asyik menipu menfitnah, adu domba dan membatu api lagi. Ikutilah kisah sahabat Nabi dan pesan nabi "look forward" adalah nafas baru perjuangan masa depan..

    Bukan mcm rendah kualiti jaket kalis peluru yang akhirnya askar terbaik diragut nyawa mcm rendah kualiti sijil palsu pemimpin PH jugak..suma nak menipu .. nyawa lansung tak ada harga lagi..

    Dengan keluarnya kuman-kuman dari PAS dan UMNO, dengan kehendak Allah Swt, perpecahan yang selama ini dikeji oleh Allah swt telah bertemu dengan jalan terbaik suatu penyelesaian.

    Kepada umat Islam, sambutlah salam dari PAS dan UMNO, satukan hati-hati kita yang sekian lama dibelenggu dengan perangai perpecahan, masa untuk kita menikmati keindahan kesatuan, keindahan rakan-rakan se-Islam kita yang sudah hilang penyakit prasangka busuk hati dengan hasad dan fitnah jijik.

    BalasPadam
  2. Kita politik Malaysia ni bila nk serius..suka ambil contoh dan tauladan nabi s.a.w.sdg kan nabi berpolitik dan berjuang fisabilillah dan berjaya menakluki dan mengislam kan ramai org.kita? Bila nk tegakkan hujah(untuk menang)dlm berpolitik yg semata mata politik tak kemana(bkn menegakkan kebenaran dan roh Islam yg dibawa rasullullah)selalu kita suka bersandar kan tauladan dan hadis sunnah serta firman Allah.sedang kan dlm pentadbiran dan segala hukum Tuhan kita ambil sekadar ia ini berpilih.dan tak serius.bila nk menegakkan hujah ambil dari contoh nabi.kerana nk menegak kan kebenaran konon.ini lah sebenar nya sandiwara dan mainan.hanya UTK mencapai kemenangan dan habuan dunia serta terlalu memikirkan kepentingan dan status.kalau begini ini bukanlah bererti kajian walaupun pembangunan pesat.tapi sebalik nya tambah menyusahkan,kerana dgn bebanan kos kehidupan, keberhutangan,sosial,pengangguran yg dgn nya banyak berlaku pembunuhan,kecurian,perampokan,dan berleluasanya maksiat,penindasan,budaya fitnah memfitnah yg kian tak terbendung,rasuah yg amat jijik.jijik lagi dari memakan babi,fanatik ugama,masaalah gender,Islam liberal,dan abg lagi.jgn lah asyik berpolitik( bermain yg tak kesudahan) seperti nya anak anak.main nya kita ini sebagai dewasa dan bertaraf kepimpinan,biar lah ada hala tuju perjuangan yg dapat memartabatkan kesempurnaan dan wasilah para nabi dan rasul serta hukum Tuhan.

    BalasPadam
  3. Dalam setiap hal kena lah ambil nasihat dan contoh nabi dan sahabat tak kita dlm politik dan apa jua sekalipun... Anon 2.48 kau dah kenapa...?? kepanasan ke...???

    tiap kali nak ada penyatuan umat islam isu kafir timbul lagi...!? dah buant tebiat atok kai ke..!??

    abis nak ambil contoh sapa ...!? contoh penjuang Plutalisma Murtad mcm Aljub, Syiah, COmANGO Marina Gereja anak PM ke 7 SIS, G25 atau Mujahait ke...!?


    Cerciter sikit...!!

    BalasPadam

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...