Isnin, 30 September 2019

Pulangan 2% LTAT kerana pelaburan tidak munasabah zaman BN kata Menteri

Ini yang bagus menjadi Kerajaan Pakatan Harapan, mereka bijak dalam menyalahkan orang, salah kan sahaja masalah yang berlaku ketika mereka memerintah kepada Najib, salahkan Menteri yang dahulu punca segalanya.


Gambar - The Star


Askar melopong je mendengar penjelasan Mat Sabu, malah mengiyakan sahaja apa sahaja yang terkeluar dari mulut Menteri Pertahanan itu.

Sedangkan masa zaman BN memerintah, walaupun dividen LTAT diberi 12%, dikritik hebat kononnya kerajaan BN merompak, tidak mampu melakukan perubahan, malah Najib juga dipersalahkan kononnya dividen hanya 12% sahaja.

Tetapi bila Pakatan Harapan memerintah, nilai 2% adalah paling terendah dalam sejarah. Paling buruk kerugian yang dialami, ramai mengkritik, rakyat bertanya, ramai mempertikaikan.

Namun jawapan Menteri Pertahanan paling disayangi rakyat jelata.

Pulangan tidak munasabah punca dividen rendah - Mohamad Sabu

Pelaburan tidak munasabah yang dijalankan kepimpinan terdahulu menyebabkan keuntungan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) lebih rendah dan memberi kesan kepada pembayaran dividen kepada ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata pihaknya sedia maklum dengan rungutan orang ramai yang mempertikaikan kadar dividen yang diumumkan LTAT hari ini.

Katanya, untuk mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi, ia memerlukan pulangan yang baik hasil daripada pelaburannya.

Beliau berkata, pengurusan LTAT hari ini mewarisi organisasi yang sarat dengan pelbagai ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan, kesan daripada kepimpinan yang tidak telus sebelum ini.



“Sebagai contoh, LTAT menerima Pendapat Berteguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Tahun Kewangan 2017. Jumlah keuntungan bersih LTAT pada 2017 telah diselaraskan kerana mengambil kira hasil daripada jualan tanah yang belum dimuktamadkan.

“Untuk rekod, pendapatan bersih LTAT pada 2017 turun lebih 30 peratus daripada RM686.8 juta kepada RM459.5 juta.


“Bagi Tahun Kewangan 2016 pula, pendapatan bersih LTAT juga turun sebanyak 48 peratus daripada RM685.5 juta kepada RM356.2 juta selepas mengambil kira penyelarasan daripada penjualan tanah yang tidak dimuktamadkan, namun hasil jualan itu telah diambil kira sebagai pendapatan LTAT,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, malam ini.

LTAT hari ini mengumumkan dividen dua peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018, dengan jumlah agihan RM161.2 juta. Dividen berkenaan akan diagihkan pada ahli, minggu ini. - BH Online

4 ulasan:

  1. BAHANA PADAH MELANTIK FAKE DEGREE
    SIJIL KULINARI PUN NAK TIPU JUGA
    ASKAR TERBAIK MATI GITU GITU KINI
    GAJI MENTRI TINGGI HAPRAK AKHIRNYA
    ELEPHANT FIGHT GRASS YG SUFFER KIKI


    ... KALAU SI BODOS BERLAKUN PANDAI MAKIN TERSERLAH KEBODOSSANYA

    #BMF

    BalasPadam
  2. Gaji menteri tinggi pasaipa x salahkan kerajaan dulu

    BalasPadam
  3. gaji tinggi salah kjaan dolu jugak..!?

    fake degree buat tak nnpk pulak... fake degree salah sapa pulak..!?

    kikikiki




















    salah atok yeerrr...!!

    BalasPadam
  4. Kalau seorang askar yang sudah berkhidmat selama 15 tahun mempunyai sipanan wang tabung di ltat sebanyak rm70,000 bila dividen dibayara 2 peratus maka masa mereka pencen pada tahun yang ke 21 mereka kerugian beribu ringgit disebabkan bayaran dividen tahunan yang sedikit. Kasihan aku pada penabung yang hidup pada zaman ph ni. Redho jer lah dah nasib kau orang semua

    BalasPadam

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...