Sabtu, 28 September 2019

[Realiti] Menteri Melayu seperti balaci kepada D4P kata bekas ketua hakim

Inilah yang kita lihat, kita saksikan dihadapan mata kita semua, usahlah kita nafikan keadaan ini, usahlah kita katakan, selagi pemimpin Melayu menjadi Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan, tidak akan ada perkara-perkara yang merugikan yang kronik terhadap apa sahaja kepentingan Islam dan Melayu.


Janganlah kita terpengaruh, janganlah kita terpesona, Pakatan Harapan, Menteri Melayunya adalah sejenis balaci yang hanya cintakan jawatan, sebagai contoh, Menteri Agama, Menteri Pendidikan, hanya mengusap dada bila melihat perangai dua ekor Menteri ini.

Menteri yang lain juga begitu, hanya melihat dengan mata dan kata hati, mereka senyap sahaja bila hal Islam Melayu itu dipersoalkan, dihina, dinafikan, malah apa sahaja hal orang Islam dikotak katikkan mereka diam.

Mereka lebih ingin memenangkan kepala-kepala kiasu yang nampak sudah pekung sebenar apa yang mereka nak lakukan bila sudah berkuasa.

Kena ingat, kira balik berapa kerusi orang Islam dalam Pakatan Harapan? Tanya balik kepada mereka-mereka yang arif dan pandai mengira.

Usah jadi bodoh mengatakan Pakatan Harapan mampu jaga Melayu Islam dengan baik. Tiada bukti sahih lagi mereka buat begitu sejak berkuasa selepas 9 Mei 2018.

Wajib kita umat Islam tolak PH pada PRU15 ini, kata dekat anak-anak, adik beradik, adik kakak, abang, saudara, sepupu, jiran, kawan, semua sekali.

Undi PH adalah bencana kepada negara.

 Gambar - NST

Menteri Melayu seperti boneka DAP, kata bekas ketua hakim

Orang Melayu tidak ada pilihan lain melainkan menjatuhkan Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang kerana parti-parti Melayu dilihat tidak akan berpisah dengan DAP, kata bekas Ketua Hakim Negara.

Tun Abdul Hamid berkata, kerajaan PH nampak seolah-olah tidak indah, malah mengalah dan mengalah serta Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri seperti sudah tidak dapat mengawal menteri-menterinya.

Malah katanya, menteri-menteri Melayu dalam PH nampak seperti boneka DAP kerana tiada pendirian untuk mempertahankan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh rakan-rakan bukan Islam mereka, termasuk dalam hal-hal agama Islam.

“DAP juga telah berjaya menguasai atau mempengaruhi kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-kerjaan tempatan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan dengan menempatkan orang-orangnya.


“DAP telah berjaya meletakkan orang-orangnya di tempat-tempat yang strategik dalam Kerajaan Persekutuan dan bertindak seolah-olah di luar kawalan Perdana Menteri.

“Untuk itu, pertama sekali orang Melayu perlu bersatu. UMNO dan PAS adalah dua buah parti Melayu yang terbesar.

“Kedua-duanya perlu bekerjasama dalam pilihan raya yang akan datang.

“Paling kurang, kedua-duanya hendaklah mengelak daripada pertandingan tiga penjuru dengan PH khususnya di Pantai Barat Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan. - Cempedak Cheese

3 ulasan:

  1. kalau macai terkinja kinja riang..!!

    Kenyataan IGP, Tak Tahu Nak Gelak Atau Nak Nangis...

    Kikikikikikikuikuikui...!!

    Pepatah orang tua ada menyebut..
    "Bodoh tak boleh diajar"
    "Cerdik tak boleh diikut"

    Inilah yang berlaku diatas kematian Pegawai Bomba Muhammad Adib...

    Kata Ketua Polis Negara yang bijak laksana, "Polis akan buru pihak sebabkan kematian Adib"...



    Apa yang kau nak buru? Masa pembunuh tu ada dalam tangan, kau lepaskan dengan jaminan polis dan bon, konon mengharapkan mereka akan hadir ke mahkaah secara sukarela bila perbicaraan di mulakan...

    Budak Bedul Amit menalukan orang nesmilan ajoo lahh...!!

    puiiii...!!

    BalasPadam
  2. Ubah suai kuasa veto, kata atok kita Tun M(Mangkok)

    Atok kitee kata sudah tiba masanya untuk kuasa veto diubah suai jika pun ia tidak dapat dimansuhkan sepenuhnya serta menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali kepada tujuan asal penubuhannya, kata Tun Mahathir Mohamad.

    BUKAN KUASA VETO ATOK UBAHSUAI
    KUASA ATOK KITA YANG KENA UBAH
    OTAK KOSONG IDEA RENTUNG SERABAI
    ASET NEGARA DIJUAL SI HARAMJADAH

    “Negara yang memiliki kuasa veto tidak sepatutnya menganggap diri mereka sentiasa tidak terkecuali daripada undang-undang dan norma antarabangsa,” kata Dr Mahathir ketika menyampaikan kenyataannya pada Perbahasan Umum Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di sini Jumaat.

    KIKIKI.. ATOK BALIK LAH KE MESIA
    JUAL AIR LIOR SEKO TAK KUASA DENGAR
    GORENG SANA TIPU SINI SIA2 AKHIRNYA
    LUBANG KUBO ATOK TERASA DAH BERGEGAR

    KIKIKIKI..

    #UDAHUDAHLAMENIPUTUHH..!!

    BalasPadam
  3. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    BalasPadam

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...