Rabu, 4 September 2019

Saya bukan Ketua Polis Pakatan Harapan kata KPN

TAPAH - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menafikan membuat kenyataan bahawa pembangkang sebagai punca peningkatan ketegangan isu agama dan kaum.

Menurutnya, beliau juga tidak bersikap partisan atau berat sebelah terhadap mana-mana parti politik seperti yang didakwa.

Gambar sumber Google

Beliau berkata, sebaliknya sebagai Ketua Polis Negara beliau harus bersikap berkecuali dengan menegur mana-mana pihak termasuk kerajaan jika melakukan kesalahan

"Saya cuma kata parti yang kalah dalam pilihan raya biasalah akan berusaha untuk melemahkan kerajaan, itu peranan dia.

"Tapi saya pula dikatakan serang parti pembangkang. Saya minta orang yang buat tuduhan itu dengar baik-baik apa saya cakap.

"Sebagai Ketua Polis Negara saya tak menyebelahi mana-mana pihak, seolah-olah saya Ketua Polis Negara Pakatan Harapan. Tidak, saya Ketua Polis Negara untuk negara ini, bukan untuk parti politik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Operasi Bersepadu Khazanah di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Hashim dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Abdul Hamid mengulas kenyataan Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil yang menyarankan beliau meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara jika mahu membuat kenyataan politik.

Isham mengulas mengenai laporan akhbar yang menyebut Abdul Hamid menyalahkan pembangkang kerana kerajaan PH sedang goyang di tengah-tengah peningkatan ketegangan isu agama dan kaum. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...