Sabtu, 7 September 2019

[Skim Pencen Hapus] Hilanglah keistimewaan sebagai Kakitangan Awam

Gara-gara mahu berjimat dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan, skim pencen akan dilupuskan dan diganti dengan skim kontrak.

Skim kontrak ini dipercayai akan menjimatkan lebih kurang RM5 bilion kos setiap tahun. Namun begitu, skim ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada penjawat awam.


Terutamanya anak-anak muda. Anak-anak muda akan lebih terdorong untuk berkhidmat dengan syarikat swasta kerana kerajaan tidak lagi menawarkan skim pencen.

Penjawat awam merupakan satu pekerjaan yang menjadi kegilaan orang ramai terutamanya warganegara Malaysia kerana menawarkan skim pencen yang lebih terjamin pada anggotanya.

Namun begitu, jika pihak kerajaan memutuskan untuk melupuskan sistem itu, kakitangan awam akan hilang istimewa seperti kemudahan mendapat pinjaman, gaji yang konsisten, bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.

Malah penjawat awam akan berdepan dengan risiko masa depan yang tidak terjamin. Oleh itu, pihak kerajaan tidak wajar berbuat demikian kerana hampir kebanyakan penjawat awam terdiri daripada orang Melayu. Malah skim sedemikian akan menyebabkan orang muda bertambah hilang minat untuk berkhidmat dengan kerajaan.

Selain itu, lantikan kontrak yang ditawarkan tidak memberi jaminan masa depan yang lebih baik berbanding kakitangan tetap.

Oleh itu, lantikan kontrak hanya akan mengecilkan perkhidmatan penjawat awam di masa akan datang. Pihak kerajaan tidak wajar berbuat demikian kerana sehingga hari ini ramai masyarakat memandang tinggi keistimewaan penjawat awam sejak dahulu.

Jika pihak kerajaan tetap dengan pendirian untuk memansuhkannya, maka hilanglah keistimewaan penjawat awam yang sekian lama diguna pakai dalam pentadbiran negara.

Oleh demikian, janganlah berasa hairan sekiranya suatu masa nanti lebih ramai anak muda menolak berkhidmat dengan kerajaan kerana negara sendiri tidak mampu menawarkan keistimewaan yang sepatutnya. -UTUSAN ONLINE

oleh Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...