Khamis, 5 September 2019

Tolong teladani Nabi Muhammad pesan Pemuda DAP kepada UMNO dan PAS

Bila Nabi Muhammad dicerca dalam media sosial, muka dia pun tak nampak, bila hal berkaitan umat Islam dipertikaikan, jangan kata muka, jejak pun tak nampak, tetapi bila umat Islam nak dahulukan produk buatan orang Islam itu sendiri, mulalah mereka meraban dan jadi tidak keruan.

Maka watak-watak mulia pun muncul, terpaksa jadi hipokrit, muka tebal, malah boleh pula berkata-kata macam mereka lebih tahu Islam dari orang lain.

Inilah perangai parti DAP yang kita kena fahamkan.

Malah dengan mengajak UMNO dan PAS meneladani Nabi Muhammad, yang kata macam tu adalah pemuda DAP, ok apa kata kalau dia sendiri ingin teladan baik dari Nabi junjungan kita, ucapkan dua kalimah shahadah, maka dia sendiri akan faham dan menyintai keindahan Islam. Buang hipokrit boleh tak wahai pemuda DAP.



Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, hari ini mengajak masyarakat Islam - terutamanya pemimpin PAS dan Umno - untuk mengambil teladan daripada cara Rasulullah SAW bermualamat.

Kata Lee, ketika berada di Madinah Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berjual beli dengan peniaga daripada kalangan Yahudi yang bukan Islam.

Mengulas mengenai kempen digerakkan kumpulan tertentu dan disokong pembangkang, Lee berkata pihak yang berkenaan perlu mencontohi akhlak nabi yang baik itu.

“Jika dicermati sirah Nabi Muhammad SAW, Madinah yang dipimpin oleh baginda sendiri membenarkan kaum Yahudi berniaga dan berjual beli dengan orang Islam.
Iklan
“Penggerak serta pengikut kempen boikot ini harus mengambil iktibar dan pengajaran besar daripada akhlak dan teladan baik itu," katanya dalam satu kenyataan.

Gerakan kempen itu dipercayai bermula di media sosial dengan beberapa akaun dibuka untuk menggalakkan orang Islam membeli barangan peniaga Muslim.

Gerakan itu kian menarik perhatian apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Ogos lalu mencadangkan agar produk bukan Muslim dilarang menggunakan tulisan Jawi pada barangan mereka.

Bahaya jika dimanipulasi

Ia juga ada kaitan dengan polemik - dan bantahan - kumpulan tertentu kepada pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Untuk rekod kempen “beli produk Muslim dulu” bukanlah baru kerana ia dikesan sekurang-kurangnya sejak akhir tahun lalu namun ia tidak begitu meluas.

Bagaimanapun, ada kalangan penyokong kempen mencadangkan agar kempen itu disertakan dengan memboikot produk bukan Muslim.


Kata Lee sebagai masyarakat majmuk yang kaya dengan kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia tidak boleh memboikot sesuatu produk secara melulu atau hanya berdasarkan perbezaan agama.

Beliau yang juga Adun Pasir Pinji di Perak menambah, gerakan memboikot bertentangan dengan norma masyarakat berbilang kaum di negara ini, tidak membantu perkembangan ekonomi negara serta berpotensi untuk menggugat perpaduan.

“Beberapa hari yang lalu, kita melihat bagaimana Econsave menjadi mangsa apabila pasar raya tersebut dituduh tidak lagi menjual barangan keluaran bumiputera Muslim.

“Setelah laporan polis dibuat, pemfitnah tersebut tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan fakta," katanya.

baca selanjutnya Malaysiakini

3 ulasan:

  1. Puak bodoh PAN , Bersatu esp Si Lidah Bercabang Fitnah Rentung renta akan ulang pasal kafir mengkafir, daging tak halal, kes Memali dll utk si lidah bercabang sabotaj #HPU914...

    so ini jawapan yg terbaek lah setakat ini..

    Pada puak bodoh PH ni.... sahabat nabi dolu dolu mcm Sydina Omar, Hamzah, Abu Bakar masa belum islam ada yg sembah berhala minum arak tanam bayi perempuan hidup hidup dll ... bila masuk Islam dia orang berubah dan mereka menyesal perbuatan mereka yg lalu sambil menangis menepuk dada, guling guling ( bukan guling di jalan raya yer..) tapi nabi tak pernah ungkit perkara lama tsb... yg dah berlalu taubat banyak banyak dan nabi siap pesan lagi broo look forward, broo look forward move on...!!



    puak bodoh fitnah PH ni akai suntuk asyik bernostalgia haram jadah sebab kualiti otak asyik menipu fitnah.. mcm kualiti jaket kalis peluru meragut nyawa Komando terbaik negara sama mcm kualiti sijil palsu pemimpin PH jugak..


    suma nak fitnah dan menipu .. nyawa lansung tak ada harga lagi..

    BalasPadam
  2. VIDEO SEMBURIT KUNYIT MENGILA LAGI
    #BUYMUSLIMONLINE SUDAH MENJADI
    WAYANG KUNYIT #POPCORNTAMBAH KINI
    PANJI KUNYIT MANA LINGKUP DULU TEPUK SEKUAT ATI...!!!


    #BUYMUSLIMFIRST
    #POPCORNTAMBAHDANTEPUK

    BalasPadam
  3. Negara Takda Duit Tapi Gaji Menteri Lebih Suku Juta..

    Dalam rakyat mengalami kos sara hidup yang tinggi dan menurunan ekonomi negara, Pakatan Harapan terus dengan berbalanja dengan mewah untuk pegawai eksekutif mereka.

    Kadir Jasin, merupakan Penasihat Media Perdana Menteri dan juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu tidak mempunyai akses kepada Menteri Kewangan sehingga bertanya melalui Facebook.

    Bukan itu sahaja, Rais Yatim juga kecewa dengan Gaji yang mewah untuk CEO Sime Darby dan luahkan di dalam Twitter!

    Tony Pua adalah orang yang bertanggungjawab menyusun lantikan di dalam GLC, beliau sepatutnya memberikan kenyataan dan jawapan kepada pertanyaan Kadir Jasin dan Rais Yatim

    BalasPadam

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...