Sabtu, 21 September 2019

Tun M akan pasti beri Anwar jawatan PM, jangan risau menurut sumber

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan tarikh bagi menyerahkan tanggungjawabnya itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.


Katanya, beliau tetap berpegang kepada janjinya berhubung perkara itu.

“Saya akan umum kemudian, saya akan tunai janji,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today selepas melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di Muzium Kesenian Islam hari ini.

Dr. Mahathir ditanya pemberita mengenai kenyataan Anwar yang akan mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun hadapan.

Rabu lalu, presiden PKR itu dalam wawancara dengan Bloomberg Television berkata, tiada tanda parti lain akan memperkenalkan nama lain untuk merebut jawatan itu dan jika ada, lawannya tidak relevan.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir didesak menetapkan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar seperti yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Mahathir yang dilantik semula sebagai perdana menteri susulan kemenangan PH dalam PRU14, berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji untuk berundur selepas memerintah kira-kira 2 tahun. -UTUSAN ONLINE

3 ulasan:

  1. Penduduk Tg Piai untung la dengar khabor terbaru landasan ECRL akan di lencongkan ke Tg Piai oleh MoF... kikikikiki..

    Rel HSR dengornya akan dilencongkan juga ke Tg. Piai... Tol Simpang Renggam tetiba dapat Free tol jugak mcm Mazlee janji dolu..

    Sekolah Melayu trtiba dapat bantuan paling tinggi di Tg Piai.. hunyung laaa...


    kikikikiki..

    jumpa di Tg Piai...PH atok aljub Tokong mrngelupor di Tg Piai nnti

    BalasPadam
  2. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    BalasPadam
  3. Pemerintahan Pakatan Harapan, jika PM menjalankan pemerintahan sebagaimana dihendaki oleh undang2 dn perjanjian,saya yakin Pehak Pembangkang tidak ada modal utk hentam Kerajaan dn dengan itu dgn sendirinya Parti2 dlm Pakatan akan bertambah kukuh n utuh.

    BalasPadam

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...