Selasa, 10 September 2019

[Y-suku panas] Tidak semestinya ubah suai motor Y-suku itu mat rempit dan semuanya jahat kata Zizan

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Melakukan pengubahsuaian pada motosikal khususnya jenis Yamaha 15ZR atau lebih dikenali sebagai ‘Ysuku’ tidak semestinya menunjukkan pemilik jentera tersebut tergolong dalam golongan mat rempit.

Gambar sumber mediahiburan.my

Perkara itu ditegaskan pelakon dan penyanyi popular tanah air, Mohd. Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali Zizan Razak.

Zizan yang cukup dikenali dalam kalangan komuniti Ysuku berkata, kebanyakan pemilik jentera daripada Yamaha itu melakukan pengubahsuaian hanya kerana ingin menonjolkan kecantikan serta keunikan motosikal masing-masing dan bukannya berlumba haram.

“Mungkin ada pemilik Ysuku yang berlumba secara haram tetapi jumlahnya terlalu kecil. Tidak patut untuk memberi gambaran negatif seolah-olah pemilik Ysuku ini semuanya mat rempit yang terlibat dalam perlumbaan haram.

“Pemilik Ysuku ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza. Ada antara kenalan saya yang hidup mewah tetapi memilih jentera ini sebagai tunggangannya kerana mahu ‘ride’ secara santai,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Sementara itu, Zizan berkata, masalah perlumbaan haram dapat diselesaikan sekiranya golongan terlibat dalam gejala tidak sihat itu diberi pendedahan untuk berlumba di litar yang disediakan.

Katanya, hal itu dapat dilihat menerusi pembinaan Litar dalam Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang berjaya mengurangkan kadar kes lumba haram di Terengganu tahun lepas.

Sementara itu, ahli komuniti Ysuku Malaysia, Muhammad Ikhwan Hafiz berkata, ada pemilik Ysuku yang melakukan pengubahsuaian pada jentera mereka untuk menyertai pertandingan motosikal tercantik yang banyak berlangsung setiap tahun.



Katanya, pengubahsuaian itu juga dilakukan untuk menonjolkan identiti jentera mereka yang tersendiri selain menambah baik pretasi sedia ada.

“Jika jentera tersebut diubah suai secara ekstrim, ia hanya akan digunakan untuk pameran dan bukannya untuk tujuan lumba haram.

“Peminat motosikal kebiasannya hanya akan menyertai pameran motosikal yang mempunyai permit sahaja, bukannya terlibat dengan perkara tidak berfaedah sehingga membahayakan nyawa sendiri dan nyawa orang lain,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...