Untuk Makluman, PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November 2019, bersamaan tarikh Perhimpunan Agong Umno.
Tidak dipastikan mengapa pula SPR pilih tarikh itu, adakah kerana tarikh lain tidak sesuai untuk Menteri PH turun padang atau kerana Belanjawan 2020.
Atau kerana tahu kekalahan bakal terjadi, maka tarikh sama dengan PAU pula dipilih, mungkin itu sahaja tarikh yang sesuai kot.
SPR Umumkan Tarikh-tarikh penting sempena (P165)PRK Tanjung Piai :
Penamaan Calon :
2 November 2019 ( Sabtu)
Lokasi : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.
Hari Mengundi Awal :
12 Nov 2019 ( selasa)
Hari Pengundian :
16 November 2019 (Sabtu )
Tempoh Kempen 14 hari.
Permohonan Undi Pos :
Buka 3 Oktober 2019
Tutup 31 Oktober 2019
Kenyataan Mat Sabu mengatakan peluang PH untuk menang adalah tipis, adakah itu cara propaganda biasa yang nampak macam konon payah nak menang dan memberi pihak Muafakat Nasional khayal dan mungkin ramai tidak turun mengundi.
Berbeza dengan PRK sebelum ini, PH nampak lantang dan yakin, malah siap kata BN hilang deposit, yakin calon mereka terbaik, tetapi bila keputusan tiga PRK yang memihak BN, rakyat sudah membuka mata, Pakatan Harapan hanyalah satu entiti yang merosakkan.
Rakyat juga melihat, pemimpin PH ini hanyalah nakkan jawatan dan publisiti sahaja, dengan keadaan ekonomi yang teruk, gangguan terhadap Islam dan Melayu Bumiputera membuatkan majoriti rakyat terutama Melayu pasti akan menolak PH.
Kita tunggu sahaja 16 November nanti, adakah benar kata Mat Sabu tu.
Mat Sabu akui PH sukar menang di Tanjung Pia
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui sukar bagi Pakatan Harapan
mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung
Piai.
Menurutnya, faktor pengundi luar yang dijangka tidak ramai
pulang mengundi menyukarkan PH mempertahankan kerusi tersebut yang
dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
"Selalunya PRK memang
kita (PH) sukar untuk mencapai kemenangan. Terutama sekali
pengundi-pengundi luar, sama ada bekerja di Singapura, Australia dan
tempat-tempat lain.
"Banyak yang tidak pulang sebab mereka menganggap siapa menang pun tak dapat mengubah kerajaan.
"Tapi kalau PRU, mereka sanggup berbelanja sendiri untuk pulang, walaupun mereka habis lima atau enam ribu Ringgit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sekalung Budi Media Pertahanan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, hari ini. - Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Komen